Saturday, October 22, 2011

China Trip- Part 2

Bila dah sampai hotel terus ke kaunter check in. Aku perasan sebelah kiri pintu masuk ada meja pendaftaran utk conference. So bagi setel hotel dulu baru pergi daftar. Hmm time nak daftar tu susah jugak. Sebab sebelum ni aku bayar online. Sekali seminggu sebelum bertolak aku perasan ada msg dekat inbox online banking tu kata xboleh nak transfer sbb aku silap bubuh no akaun. So dalam 4 hari sebelum bertolak aku sempat pergi bank cancel transfer tu and decided nak bayar cash je time register.

Bila tanya dengan budak yang jaga kaunter (student) dia kata aku dah bayar. Aku pulak mati2 kata aku dah cancel transfer money tu. Dah la susah nak explain sebbab mereka kurang fasih cakap English... Last2 aku cakap oklah kalau macam tu. Ikut je la..Masa dia nak bagi tag nama tu silapla pulak..nama dah betul. uni dah betul. tapi bawah tulis Malaysia. Aku cakapla saya memang orang Malaysia tapi uni saya ni bukan kat Malaysia tapi Finland ehehhe..pastu depa mintak maaf suruh ambil petang tu yang betul punya..

Lepas register semua naik hotel rehat2. Dahla sampai pagi dalam pukul 8 pagi macam tu. Lapar pulak. Nasib baik ada bawa bekal roti, dengan tuna dan snack untuk berbuka. Masa aku sampai ni dua hari sebelum raya. So masih dalam bulan Ramadhan. So naik tido ajelahhh...

Conference hotel. Zhejiang Hotel

Registration Table

Ni semua rasanya student2 yang handle

Hotel Lobby

Conference poster

Hotel room

Bilik besar, katil dua..tapi datang sorang2 huhu..


Kalau ada anak2 mesti seronok diaorang 'berendam' dalam bathtub ni


Bila dah petang sikt (dah bangun tido) turun bawah ambil name tag lepas tu jenguk2 keluar hotel..xtahu nak pergi mana sebab hotel ni terletak atas pulau, jauh dari bandar. Kalau naik teksi memang akan cross bridge kalau nak ke town. So lepas round2 bawah naik balik lepak2 dalam bilik. Serius bosan duduk sorang. Duk layan tv je la. Malam tu ada cocktail party tapi aku xjoinla..Malas nak join sebab dah tau dah konpom makanan xboleh makan punya. Last2 tido awal lepas berskype dengan En. Jemi dan anak2..


No comments:

Post a Comment