Sunday, October 23, 2011

China Trip - Part 3


First day conference - pagi2 lagi dah bangun pasalnya semalam tu dah terlebih tidur. Lepas siap2 pergi ke hall untuk opening ceremony. Intai2 jugak kot2 nampak orang2 dari Malaysia ke..tapi nan-ado. So duduk je la sorang2. lepas opening ceremony ada sessi bergambar- group photo. Lepas tu sambung untuk plenary talks pulak. Around 1 pm waktu lunch, aku naik bilik rehat. Dalam kol 2 turun balik pergi tgk oral presentations. Banyak jugak topik2 yang menarik. Canggih2la research depa ni eheheh..Aku punya poster je. Tu pun last minit decide jadi pergi ke tak pasalnya result xberapa nak siap. Dahla time tu dengan TEM equipment kat school rosak. Tapi yang paling utama, xkena submit full article pun just 2 pages extended abstract. Hmm bila tau tu rasa macam kurenggg sikit sebab masa mula2 nak hantar abstract aku ada email tanya seketariat paper conference ada publish mana2 ke..Derang cakap good quality paper ada can nak masuk Journal of Sol-Gel Science. Tup2 sebulan sebelum tarikh conference depa kata extended abstract je..Bila aku bagitau SV, dia kata takpe,pergi je..Paper nnt balik tulis kemudian. So pergilah ehehe..TEM pun buat kat department lain. 'Nanotalo' atau nama inggerisnya 'nanohouse'. Memula my SV suruh my rumet, postdoc researcher tu tolong exam my sample sebab kat sana pakai advanced punya TEM and memang pakar2 je yg bolehguna. Since my fren tgh bercuti xde org nak jaga baby dia, dia mintak tolong kawan dia merangkap senior researcher aka TEM expert kat lab tu tolong buatkan.

Serius memula masa aku pergi nak hantar sample tu, aku mati2 ingatkan aku kena buat sendiri pakai TEM biasa2 je..dahla sample ada lebih kurang 10. Masa tu dua hari sebelum aku kena pergi Estonia. Pergi Estonia hari Rabu, balik Jumaat. Sabtu depan dah nak bertolak ke Hangzhou. Minggu depannya ofkosla nak kena prepare poster, nak hantar print A0 punya size lagi. So aku memang ada masa satu haritu je la nak habiskan sample in case kalau kena analysis sendiri. Bila2 sampai sana, sekali Dr Hua tu bawak masuk sample aku kat advanced TEM room. Aku tunggu2 jugak, hmm maybe dia nak ajar prepare sample ke apa ke, nak ajar guna TEM ke apa ke..sekali bila dah insert sample masuk TEM, dia ajak pergi skrin komputer. Dia tolong analysiskan..Dalam hati aku punyala melompat tersengih2 sebab xpayah nak buat sendiri. So habis satu hari tu dari kol 9.30 sampai 4 ptg (tolak waktu dia lunch sume2 la). Tapi sempat 5 sample je lah. Tu pun pilih2 yang utama je..Nama pun org yang tolong, xkan nak push lebih2..Hepi giler dapat setel TEM sebelum pergi Estonia.

Balik dari Estonia, minggu last tu siap2 poster semua and permit pun dah setel 2-3 hari sebelum bertolak. So lega sangat2..cuma tinggal nak kemas2 barang je la tambah sedih2 sebab kena beraya sorang nnt huhuhu..

Melalut dah citer pasal lain, sambung pasal China. Hmm petang tu dalam pukul 3.30 ptg bila dah xtau nak masuk session mana, last2 aku pi kaunter hotel. Tny macam mana nak pergi silk road (aku tgk dalam pamplet je ni). Memang sebelum sampai sini aku dah berangan aku xnak beli benda lain selain dari sutera. Susah giler nak communicate. Pastu adala sorang receptionist ni pandai skit2 speaking. dia kata silk road tu jauh. 30 min naik taxi. Dia kata kalau nak beli silk, kedai belakang hotel ada jual. So, dia suruh budak yang jaga pintu (bell boy eh?) yang tolong hantar aku. Sampai2 sana hmm xde satu pun aku berkenan. Ye lah ada jual selimut sutera, cadar sutera, baju2 yang dah siap tapi kain ela xde. Hampa..Patah balik jalan kaki ke hotel. Aku cakap kat receptionist aku nakgi town. Gila gamble gi sorang2..Masa ni dah kol 4 lebih2..dahla hujan skit2..Dia tolong callkan taxi. Dalam taxi, driver tanya nak pergi mana (cakap China), aku tunjukla kertas yang aku suruh receptionist tadi tulis..Dia kata memang dah sampai tapi nak turun kat mana (macam tu la kot lebih kurang aku agak ehehe). Last2 dia turunkan je aku tepi jalan. Xdapat bayang aku sorang di bandar asing..masa tu hujan rintik2 nasib baik ada payung hotel. Pusing punya pusing xde jumpa kedai jual sutera. Macam shopping mall adala jual baju2 gitu..Tu buat apa, Helsinki pun ada huhuhu... jenuh jugakla aku pusing2 town ikut je kaki nakgi mana..dengan hujannya. Ada sekali aku masuk kedai emas, tanya kedai sutera kat mana..haha punyala susah aku nk cakap yang aku nk tanya kedai jual sutera kat mana. Last2 baru derang faham dan derang kata kedai tu jauh skit dan dah tutup pun..Masa tu pukul 6 lebih..Dah start gelap (aku xtau pun kat sini gelap awal).

Dengan hujan mulai renyai2 nya. Last2 aku decide nak balik hotel je la. Lagi satu hal yang aku belajar masa ni, susah gilerrrr nak dapat taxi. Kalau tahan memang takkan berhenti punya. Aku dah cuak dah sbb dah nak malam eehhe. Dalam 1 jam lebih jugak aku pusing2 nak cari teksi xdapat2. Last2 aku pergi tanya kat satu hotel yang betul2 belakang bus stop. Hotel ni memang gah jugakla. Adala taxi datang tapi sumer orang dah booked. Bila aku tanya bell boy kat situ dia cakap susah nak dapat taxi. Aku cakap kenapa? Dia cakap sebab hujan. Aku macam whatt?? Aku macam bengang je. Pastu dia suggest aku naik bas. Naik bas lagilaaaa ntah kemana2 aku nnt. Lepas cakap ngan budak tu aku pergi duduk kat bus stop. taxi lalu aku tahan, Lama giler duk angkat tangan tahan taxi xberenti2. Ada satu taxi berenti. Tapi ada penumpang. Bila aku tunjuk kad hotel dia kata xlalu ikut situ. Uwaaaa rasa macam nak nangis sambil dalam hati kata padan muka sapa suruh keluar sorang2 ehehehe..Bila lama2 duk situ aku perhatikan adala sekali sekala taxi berhenti turunkan penumpang depan skit dari bus stop. Aku duk tahan sebelum bus stop. Last2 bila aku nampak ada taxi berhenti nak turunkan penumpang, aku terus lari2 pergi kat taxi. Penumpang pun xabis keluar lagi. Aku terus tunjuk kad hotel pastu dia angguk. Alhamdulilah!!!!!!!!Lega!!!!!!!!!!!!!

Balik hotel, pergi cafe order mee sayur suh hantar bilik..lapo ehehehe. Bila sampai tgk memang mee kuah air, ada sayur sawi kot dgn cendawan..rasa memang tawar la tapi oklah..boleh makan. Lepas tu rehat2 and tertidur.. Tetiba tersedar pukul 3 pagi bunyi telefon. Berdebar jugak, siapa yang call pagi2 buta ni..Memula tu ignorekan je. Lepas tu bunyi lagik..Dengan mamai2 angkat phone..Sekali En. Jemi daaa...Dia bising2 sebab balik dari town tak call. Risau katanya...Ye la..ye la tadah telinga je la dengar En. Jemi berleter ehehehe...Dia cakap susahnya nak explain dkt receptionist nak suruh connect line ke bilik aku. Yang kelakar nya receptionist tu bila En. Jemi cakap call dari Finland, dia siapa kata, 'do you know the call is expensive?'...padahal En. Jemi call pakai skype je wakaka...

No comments:

Post a Comment