Friday, December 2, 2011

China Trip - Part 4


Masuk hari ke-2 conference. Harini masih lagi sessi oral presentation. Poster punya presentation hari ke-3 dan ke-4. Harini jetlag mula nak start dah..bangun lambat, pukul 10 baru terhegeh2 sampai ke dewan conference. Harini Hari Raya Aidilfitri huhu....Pagi telefon Malaysia beraya semua2. Waktu lunch tengahari balik bilik call En. Jemi pulak. Kejut bangun semua2 pastu beraya ikut talipon je. Pastu kalutla En. Jemi nak siapkan makan pagi ngan siapkan anak2 semua hihi. Bawak pergi sembahyang raya dekat kedutaan Indonesia..Harini aku xpergi mana2 pun. Just stay dekat bilik conference je. Masa ni jumpa orang Malaysia dari SIRIM. Okla ada kawan nak buat bual ehehe..

Malam pulak aku ikut tour conference. Derang bawak pergi pasar malam yang terkenal dekat Hangzhou tu. Hefang Street dan Nanshan Road. Time ni pun aku jalan sorang2 jugak. malas nak ikut Mat2 Saleh semua ni sebab derang nak cari dinner sama. Tak sanggup aku nak masuk kedai makan dan hidu bau macam2 kat sana. So jalan2 pusing2 cari kedai jual sutera. Ada dua tiga biji kedai nampak macam jual baju2 sutera. Bila tanya fabrik, xde..Hampa huhu..dahla hujan renyai2..Nasib baik ada payung hotel ehehe..Dah nama pun jalan sorang, mestila jalan laju2 sambil snap! snap!. Dahla orang pandang2 sebab aku sorang je yang pakai tudung kat sini. Maybe derang jarang nampak Muslim kot. So pusing punya pusing dalam sejam dah habis round. Xtahu nak pergi mana, masa tu jam baru 8.30 malam. Janji nak jumpa semua dekat bas puku 9.30 malam. Ada masa sejam lagi. Nak balik naik teksi, xjumpa pulak cari tourist guide kitaorang tu. At least boleh inform nak balik dengan taxi. Patah balik dekat bas, ada driver bas je. English memang xpaham langsung. Kalau tak bolehla nak tinggal pesan dekat driver suruh bagitau tourist guide tu yang aku balik dulu. Nak tak nak terpaksala duk melangut tepi bas tu dekat sejam jugakla. Menyesal pun ada jugak join tour tu sebab pergi pasar malam je pun. Xde apa yang best pun bagi aku. Xbeli apa2.

Bila dah balik hotel, lapar la pulak sebab tak makan lagi. Cuma pagi/tengahri tadi je makan roti dengan tuna. Bila dah malam ni xlaratla nak makan roti. Asik2 roti je 2-3 harini. Last2 pergi ke cafe hotel. Oder nasi goreng letak sayur dengan telur je. Lepas makan, naik bilik layan movies. Malam tu xboleh tidur (biasala jet lag). Call En. Jemi, katanya di rumah Faizah. Pergi beraya ramai2 makan nasi minyak...adui jelessnyaa xdapat join sama...

2-3 filem dah habis tgk tapi mata xlelap2..pukul 3 pagi duk celik mata. Lampu bilik bukak semua bagi teragng, pasang movie buat teman tidur..Haha aku memang penakut skit tidur sorang2. Dahla bilik besar, katil 2 pulak tu...Last2 aku tertidur kol berapa ntah...Berakhirnya 1 Syawal di China ehehehe

Kat bawah ni few pics yang aku snap masa kat Hefang street..

















No comments:

Post a Comment