Bahan-bahan
A. Untuk sambal ikan
Bahan: Seperti gambar di bawah.
Cara-cara:
-goreng tawar ikan tenggiri tersebut dan 'perisikan' dengan halus isinya
-mayang halus bawang dan serai
-masuk oven kelapa kering hingga keperangan
-then gaul semua bahan2..siap!!
notakaki: sepatutnya benda alah ni kita tumbuk/ blender kering baru sedap. disebabkan rumah saya tader lesung batu mahupun blender kering..gaul2 je camtu pun ok jugak..sedap jugee...
B. Untuk sambal tumis
Bahan-bahan macam gambar di bawah.
Cara-cara:
-blend sume bahan yang di dalam pinggan putih tu
-masukkan ke dalam kuali kacau2 hingga agak2 kering air
-masukkan minyak dengan kuantiti yang agak banyak
-kacau sehingga 'awah' masak/ sehingga pecah minyak
-masukkan santan sekotak kacau2...
-boleh juga kalau nk masuk 3 helai daun limau purut dan sebatang serai bagi wangi
-biarkan dia mendidih perlahan-lahan sehingga pecah santan/ naik minyak.
-jangan lupa masukkan garam secukup rasa, satu sudu besar gula, sedikit budu.
-tada!!!
notakaki: nak masak benda alah ni makan masa yang lama sikit..sbb nak tunggu pecah minyak
C. Ulam-ulaman.
Cam gambar di bawah (kebetulan dalam peti ais ada kobis, kacang panjang, daun kesum dan timun)
Cara-cara:
-hiriskan sume ulam-ulaman dan gaul2 sebati bersama gituu...
-siap!!
D. Nasi
Bahan-bahan: sebatang serai diketuk, sedikit serbuk kunyit, 3 helai daun limau purut.
Masak cam biasa.
E. Budu
Bahan-bahan: budu, bawang merah (mayang), cilipadi (potong pendek2), serai sebatang (mayang), cuka (sebab tader limau).
Disebabkan budu yg saya beli kat sini agak pekat dan xberapa best, saya masukkan sedikit air dan masak kesemua bahan di atas dapur sehingga mendidih...barula ada umphhh!!
F. Lauk-lauk sampingan
Boleh dimakan bersama ayam goreng, telur masin, ikan goreng tepung, daging goreng, ayam percik...bla2.....
notakaki: hari ini lauk sampingan yang saya masak hanya ayam goreng dan juga keropok.
MAKA SELESAILAH SESSI MASAK-MEMASAK......
Bila dah masuk waktu berbuka, bubuh je segala bahan2 dari A-F di atas satu pinggan macam di bawah...
Bila azan berkumandang, bacalah doa berbuka puasa...dan apa lagi...ngap!!!
No comments:
Post a Comment