Tuesday, March 9, 2010

Nasi Goreng Sempoi

Nasi goreng ni saya panggil nasi goreng sempoi sebab senang nak masak dan express. Selalunya nasi ni saya goreng time pagi2 nakg sekolah (tu pun kalau sempatla. kalau jam 7.45 pagi tu dah siap pakai tudung, sempatla ketung-ketang dalam masa 10 minit siap sekali dengan tapau dalam tupperware. Selalunya saya makan dalam keta aje on da way nakg sekolah. Abang Jem lak makan kat sekolah dia. Kalau pukul 7.50 pagi, memang xsempatla jawabnya sebab anak2 kena sampai sekolah by 8.00 pagi sebab sarapan start kol 8.

Bahan-bahan pun simple aje: Bawang, cili, ikan bilis, kobis, telur sebiji dan serai (serai ni optional, selalu xbubuh, tapi semenjak dua menjak ni saya buh serai sebab nak bagi rasa ala2 kerabu gitu)

Tumis bawang ngan cili dan satu sudu sambal belacan (ni pun optional gak, kalau xmau pedas xpayah bubuh. Tapi saya punya sambal belacan versi xpedas punya sebab pakai cili besar pastu buh garam ngan gula time nak blend tu. Pastu masukkan ikan bilis dan garam. Goreng2 seketika dan masukkan nasi. Bila nasi dah rata, masukkan kobis.

Bila goreng dah sebati, buat lubang kat tengah2 pecahkan telur. Goreng sampai telur masak pastu leh angkat. (time goreng2 tu kalau nak buh lada sulah skit pun ok)

Nasi goreng ni memang pucat kaler dia sebab xbuh cili blend. Walaupun pucat tidak berseri, rasanya boleh tahan jugakk..

No comments:

Post a Comment