Tuesday, March 16, 2010

Sotong Singgang Kuah Hitam


(yang ni saya masak time kat Malaysia dulu..bezakan kaler hitam dakwat sotong fresh dengan yang frozen kat bawah nun)

Favourite saya dari kecik sampaila jadi mak budak..ni masak stail Kelantan..kalau nk masak kuah hitam, dakwat sotong jangan dibuang, bersihkan dianyer kulit dan siram2 belah dalam dia aje. Tapi kalau dapat sotong bertelur lagiii sedap...Kat sini beli sotong frozen aje..xfresh..ink pun xrasa manis dan xhitam..ala2 kelabu asap je bila dah rebus...tu pun saya tambah kicap manis nak bagi hitam skit kaler dia..

Bersihkan sotong (jangan buat dianyer dakwat). Masukkan lam periuk..pastu bubuh air untuk kuah.

Bahan-bahan untuk rebus..Semua diketuk2 aje: halia, bawang, serai, cili (sbb cili fresh dah habis, saya guna yg jeruk aja), asam keping.

Masukkan semua bahan kecuali cili. Rebus sampai medidih, masukkan garam dan cili. Didihkan dalam 10-15 minit.

Siap dah...tapi xberapa nak hitam la...

LALA MASAK SINGGANG



Selain masak singgang sotong, masak lala pun boleh guna resepi dan cara masak yang sama.

No comments:

Post a Comment