Thursday, April 5, 2012

Maggi Ketam Finland



Bahan-bahan:

1 paket maggi kari
1 ekor ketam (belah 2)
2 ulas bawang putih
1 cm halia (dicincang)
1 biji cili merah (dihiris)
Segenggam sayur sawi (potong pendek)
Sedikit daun sup (potong pendek)
1 sd teh serbuk sup
1 batang serai (diketuk)
2 cawan air

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan cili sehingga wangi
Masukkan ketam, serai, serbuk sup, serbuk kari maggi dan 2 cawan air
Biarkan mendidih sehingga ketam masak (jika kurang air, boleh tambah)
Bila ketam dah masak, masukkan maggi dan sawi
Kacau rata sehingga maggi kembang
Hidangkan bersama hirisan daun bawang/cili merah.

4 comments:

  1. Salam tuan tanah, org rumah ambo dah masak untuk ambo guna resepi ni... Tq... Tq... Tq...

    ReplyDelete
  2. oo ye ke..harap2 menjadilah ye...ehehe. ambo ikut uat resepi ikut dan je ni..

    ReplyDelete