Sunday, October 6, 2013

Nasi Dagang Finland




Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras biasa
3 cawan beras pulut
6  ulas bawang merah (mayang)
3 cm halia (mayang halus)
1 sudu kecil halba
300 ml santan cair
300 ml santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masak santan pekat bersama2 dengan bawang merah, halia, halba dan garam (letak garam sehingga ada rasa masin2 sikit) sehingga mendidih. Matikan api dan ketepikan.
2. Campur beras dan beras pulut, basuh dan toskan. Kukus selama 20 minit (saya guna pengukus elektrik).
3. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang besar. Tuangkan santan cair dan kacau rata.
4. Masukkan balik ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.
5. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang besar tadi. Masukkan campuran santan yang dimasak tadi. Gaul rata.
6. Kukus selama 20-30 minit.


Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol (dipotong)
Segenggam asam keping
Garam seukup rasa


1 cm kunyit hidup*
1.5 cm halia*
1.5 cm lengkuas*
3 biji cili kering*
4 ulas bawang merah*
1 bij bawang besar (kuning)*
2 sudu besar serbuk kari ikan
300 ml santan
Air secukupnya

1 tin kecil ikan sardin (optional)

Cara-cara:

1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam (Seimbangkan rasa masin dan masam). Ketepikan.
2. Untuk kuah gulai, kisar bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam periuk bersama2 dengan serbuk kari ikan, santan dan air.
3. Masak/kacau  di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan ikan.
4. Renih dengan api sederhana.
5. Untuk pekat kuah (optional), boleh kisar 1 tin kecil ikan sardin (ikan sahaja) dan masukkan ke dalam kuah gulai.
6. Rasakan garam.


Sambal Ikan

Bahan-bahan:

2-3 ekor ikan rebus
1 cawan kelapa kering (bakar dalam oven sehingga keperangan)
3 ulas bawang merah
4 batang serai (mayang halus)
1 sudu besar gula perang
Sedikit garam

Cara-cara:

Tumbuk kesemua bahan di atas dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment