Friday, December 31, 2010

Bubur Lambuk Ringkas


Bahan-bahan:

Nasi (lebihan yang xabis makan)
Daun kesum
Daging cincang/daging diptong kecil2
Santan
2 Sudu sebuk kurma
1 Kiub ayam (optional)
Lada hitam tumbuk/ serbuk
Bawang goreng
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Masukkan nasi ke dalam periuk dan letak air banyak2
Renehkan nasi sehingga kembang (kalau kurang air boleh tambah lagi).
Masukkan serbuk kurma dan gaul rata
Tengah2 mendidih tu tambah daging cincang, garam, kuib ayam. Gaul2 rata
Kemudian masukkan daun kesum, santan, lada hitam dan garam secukup rasa
Bila dah agak2 masak, masukkan bawang goreng dan gaul2 seketika sebelum tutup api.
Bila nak makan boleh hiaskan dengan daun sup atau bawang goreng

No comments:

Post a Comment