Friday, December 31, 2010

Gulai Lengkuas Ketam

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (bawang merah)
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1.5 inci lengkuas
sedikit kunyit/serbuk kunyit
2 batang serai diketuk

Cara-cara:

Blend semua bahan di atas kecuali serai
Masukkan ke dalam periuk. Tambah air dan santan mengikut kepekatan yang dikehendaki (selalunya kuah tu ikut banyak mana ketam yang ada..selalunya ala2 bagi ketam tu tenggelam)
Kacau2 di atas api sederhana sehingga kuah mendidih
Masukkan ketam kacau2..(jangan lupa masukan serai yang diketuk tadi). Kena sentiasa kacau lepas masukkan ketam supaya santan tak menggumpal
Jangan lupa garam secukup rasa dan sedikit gula
Bila dah masak boleh tutup api..

*Resepi ni senang aje..tapi hasilnya best jugak..ni stail orang kelantan masakla kot sebab my mum selalu masak macam ni aje...

No comments:

Post a Comment