Saturday, February 19, 2011

Rendang Ayam

Rendang Ayam dan Nasi Himpit

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong kecil

Cili kering

Bawang besar, bawang Holland, bawang putih, halia, serai dan 2 cm lengkuas dan 1 cm kunyit (xde dalam gambar)

Blend semua bahan di atas dan tumis dengan 3/4 cawan minyak masak sehingga pecah minyak

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 300 ml santan serta setengah cawan air..kacau2 dengan api sederhana..Masukkan garam secukup rasa dan satu sudu besar gula. Masukkan 2 sudu besar kerisik, 5 helai daun limau purut yang dihiris halus dan 2 batang serai yang diketuk...Biarkan ia mendidih perlahan2 sehingga ayam masak @ kuah memekat/pecah minyak. Kemudian masukkan 2 sudu besar kelapa parut yang digoreng kering sehingga keperangan..Kacau2 dan biarkan mendidih 15 minit lepas tu angkat..

*Kalau ada daun kunyit bolehla letak, lagi harum bau dia..

No comments:

Post a Comment