RESEPI ROTI JALA
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
450 g tepung gandum
1 sudu teh garam
600 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau xkuning boleh tambah)
Cara-cara:
Campur je semua bahan tu dalam mangkuk
Kacau2 sehingga sebati.
Saya pakai pemukul telur tu je (kalau ada hand mixer lagi bagus)
Bila dah nampak sebati, masukkan ke dalam blender dan blend.
Sapu minyak pada permukaan kuali (lagi ok kalau guna non-stick pan..sapu minyak dengan tisu je)
Guna api perlahan/ sederhana
Bila kuali dah panas..menjala macam biasa guna acuan roti jala.
Saya suka lipat segitiga cam kat atas tu..senang terus lipat dalam kuali pastu angkat terus susun dalam pinggan.
RESEPI KARI DAGING
Setengah kilo daging potong kecil
4 bij kentang potong kecil
3 sudu besar serbuk kari
250 ml santan
2 ulas bawang putih mayang
1 biji bawang besar mayang
2 cm halia mayang
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
*tomato-optional
Cara-cara:
Tumis bawang, halia dan rempah ratus sehingga naik bau
Masukkan serbu kari dan sedikit air
Kacau2 sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan air
Biarkan ia mendidih dalam setengah jam
Masukkan santan dan kacau2
Biarkan daging mendidih perlahan-lahan sehingga empuk sambil2 tu masukkan garam secukup rasa dan 1 sudu kecil gula
Bila daging dah empuk, masukkan kentang
Didih api perlahan sehingga kentang empuk
Bila kentang dah empuk boleh masukkan tomato jika suka.
Dalam 1-2 minit dah boleh angkat.
No comments:
Post a Comment