So menu pertama harini adalah sup tulang lembu. Rasanya saya ada post resepi ni before tapi takpelah saya tulis balik.
* Tujuan letak gula tu macam nak bagi berair manis2 gitu..macam yang ori punya yang dalam daun pisang tu :)
1 kilo tulang lembu
1 uncang sup bunjut adabi
3 cm halia (ketuk) *saya just hiris nipis2
2 cm lengkuas (ketuk) * saya just hiris nipis2
Kiub ayam Knorr (separuh)
2 sudu besar rempah sup
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang Holland (dimayang nipis)
2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga.
Cara-cara:
Bersihkan tulang lembu dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan air dalam 3/4 periuk
Masak dia atas api sederhana
Masukkan sedikit cuka, sup bunjut, halia, lengkuas dan sedikit garam
Biarkan mendidih perlahan2 sehingga daging empuk (makan masa jugak ni. dalam 1-2 jam).
Bila dah empuk, masukkan sedikit serbuk lada hitam, rempah sup dan kiub ayam
Dalam kuali asing, tumiskan bawang putih, bawang holland dan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) sehingga layu. Kemudian masukkan ke dalam priuk sup dan kacau rata.
Bila dah masak, hidangkan ke dalam mangkuk. taburkan hirisan daun bawang, hirisan cilipadi, bawang goreng dan tomato belah 4.
* Since nak masak sup ni makan masa sebab nak tunggu empuk, bila time balik kerja sebelum tukar baju or buat apa2 terus ke dapur, basuh2 tulang masukkan ke dalam periuk bersama sup bunjut, cuka, halia, lengkuas..biar je mendidih perlahan. Lepas tu bolehla berehat2, tukar baju or sembahyang dulu (selalunya dalam sejam lebih jugaj nak bagi empuk, tapi kena pastikan air banyakla or kalau kering aor dalam periuk boleh tambah sehingga daging empuk)
Lepas masak sup, saya masak sayur macam kat bawah ni,
Kacang Buncis Goreng Jantung
Jantung lembu der...haritu pergi halal liha (kedai daging halal), nampak cam sedap plak jantung lembu, so beli dalam sekilo lebih. Potong sikit buat goreng dengan kacang buncis. Resepi sama macam sini --> Kacang Buncis Goreng Jantung Ayam cuma jantung je jenis lain ehehe..
Saya just perap dengan sos tiram, garam dan sedikit black pepper dalam setengah jam. Lepas tu saya grill. Bila dah nak agak masak, saya sapu kicap manis.
Agaknya tak berapa sesuai kot sebab dia macam cepat hangit (maybe sebab sos tiram dan kicap). Bakar dalam oven lagi ok kot.
Tepung Pelita
Untuk kuih pula, saya buat tepung pelita express. ehehe..
Sediakan satu mangkuk sederhana besar.
Alaskan dengan daun pisang.
Taburkan 3 sudu besar gula di atas daun pisang tersebut.
Untuk bahagian hijau:
Saya masukkan satu cawan tepung beras, 3 cawan air dan pes pandan + pewarna hijau. (Kalau ada daun pandan, blend daun pandan aje jadikan 3 cawan air)
Kacau di dalam periuk dengan api sederhana, jangan lupa letak gula (ikut tahap kemanisan yang dikehendaki).
Bila dah likat dan berkilat dan mula mendidih, angkat dan tuang ke dalam mangkuk tadi.
Taburkan 3 sudu besar gula di atas permukaan kuih tersebut.
Kemudian sediakn bahagian putih pulak.
Untuk bahagian putih,
Saya masukkan 2 sudu besar tepung beras, 1 cawan santan dan 1 setengah cawan air.
Masukkan sedikit garam (secubit) dan kacau2 sehingga mendidih
Tuang ke atas permukaan kuih hijau.
Bila dah sejuk, dah boleh makan :)
No comments:
Post a Comment