Hari kedua ni menu bertemakan jantung..kihkih..Since haritu beli dalam sekilo lebih (kiranya 1 ketul jantung lembu tu). ingatkan sedikit je. Tapi bila dah potong2 kecil, jadi banyak pulak rasanya. Takkan nak goreng kunyit je. Mau muntah ijau En. Jemi asik makan jantung lembu goreng je..So decide buat rendang.
Bahan-bahan kisar macam dalam gambar kat atas. Oh ya, jangan lupa 2 ulas bawang putih. Time snap pics ni lupa letak. Blend je semua bahan kat atas. Cili merah tu sebelum blend saya potong pendek2 dan rebus sehingga mendidih/kembang. Bila dah blend, masukkan kedalam kuali bersama sedikit minyak. Kacau2 dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
Jantung Lembu
Bila dah pecah minyak, masukkan santan (250-300 ml), jantung, garam dan gula (time ni saya masukkan gula nisan) dan sedikit air. Kacau2 rata, biarkan mendidih perlahan sehingga masak dan kuah memekat. Bila dah dekat nak masak, masukkan kerisik, dan masukkan hirisan daun kunyit (1 helai) dan daun limau purut (5 helai).
Biarkan medidih perlahan sehingga agak pekat dan kuah agak kering.
Dah boleh angkat.
Tada!!!!! Banyak ni satu kilo. So saya simpan separuh dalam tupperware dan masukkan ke dalam freezer. Minggu depan or lagi dua minggu boleh makan lagi..ehehehe
Menu Sampingan: Ulaman dan budu..Memang makan bertambah. Bahaya betul!!
Jantung lagiiii..hihihi
No comments:
Post a Comment