Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Delight: Day 3

Menu harini simple aje. Nasi Goreng Cina + Udang Peri-Peri + Laksa


Jom tengok resepi:


Udang Peri-Peri

Bersihkan udang bersaiz sederhana besar dan grill. Grill sekejap je dalam 5 minit bagi separa masak.

Time grill boleh taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Untuk peri-peri sos:

Cili saya pakai yang macam dalam gambar tu..mix chillis. (Just potong hujung je bagi keempat2 cili tu. Kalau nak pedas boleh letak lebih)

Ni la bahan2 untuk blend. Segenggam fresh basil, seulas bawang putih, 1 biji bawang besar dan mix chillis. Masukan ke dalam blender kesemua bahan tersebut. Lemon tu parut sedikit kulit ke dalam blender, potong separuh dan perah air ke dalam blender. Masukkan olive oil/extra virgin olive oil 4-5 sudu besar, garam, dan sedikit air. Kemudian blend macam biasa.

Bila dah blend, tuangkan ke dalam mangkuk, masukkan udang yang telah di grill tadi. Taburkan dried rosmary dan gaul2 rata. Panaskan oven suhu 200 deg. Masak around 20-25 minit.

Tada!! dah siap...xsusah pun. Untuk peri-peri chicken boleh refer sini --> ayam peri-peri

Dried Rosmary


Nasi Goreng Cina

1 biji bawang Holland (bawang kuning) dimayang halus bersama sebiji cili merah. Panaskan 2 sudu besar marjerin di dalam kuali dan tumis bawang dan cili. Kemudian pecahkan 2 biji telur dan kacau rata. Bila dah masak, masukkan mix vegetables, garam, serbuk lada putih secukup rasa.

Masukkan nasi dan goreng rata.


Laksa (lebih kurang untuk 4 orang makan)


Bahan-bahan:

4-5 ekor ikan rebus ( ikan yang direbus bersama garam dan asam keping) ambil isi
4-5 ulas bawang merah
2 cm halia
Lada hitam 1 sudu besar (kalau nak kuah putih cantik, boleh pakai lada putih/lada sulah)
400 ml santan

Cara-cara:

Blend isi ikan, bawang merah, halia dan lada hitam
Masukkan ke dalam periuk bersama air dan santan
Kacau2 sehingga mendidih dan masak. jangan lupa letak garam secukup rasa.

*Untuk laksa, saya just rebus laksa kering. Makan dengan ulam timun, daun kesum, kacang panjang, taugeh dll. Lagi sedap kalau ada sambal cili merah/sambal belacan.

No comments:

Post a Comment