Sunday, November 27, 2011

Jeruk Mangga


Bahan-bahan:

20 biji mangga muda (mempelam telur)
Garam
Gula

Cara-cara:

Bersihkan mangga dan belah 2 (untuk empulur yang masih lembut). Buang biji
Potong memanjang sederhana tebal
Rendam di dalam air garam pada suhu bilik selama 2 hari
Tapis dan bilas dengan air biasa (untuk membuang saki baki garam yang terlekat pada mangga tadi)
Didihkan 500 ml air (agak2 tenggelam mangga) dan masukkan 500g gula. Bila air gula dah masak, sejukkan.
Masukkan mangga ke dalam bekas dan tuang air gula tadi.
Simpan di dalam peti ais sehingga 2-3 hari. Dah boleh makan
Kalau nak buat versi pedas, boleh masukkan hirisan cili padi.

No comments:

Post a Comment