Monday, May 20, 2013

Spring Pavlova

Spring kembali lagi ke Finland tahun 2013....alhamdulillah masih berpeluang menikmati cuaca yang lebih panas + nyaman + sinaran matahari yang panjang setelah setengah tahun bermusim sejuk :). Antara yang paling best time ni ialah lambakan berries di stores or stalls. Rasanya all the berries time ni still diimport since di Finland musim memetik strawberry and blackberries and raspberries and bla bla bla selalunya bulan 7. And I think the perfect dessert for these kind of berries is pavlova!!!! Sebab masa ni lah nak dpt berries murah dari biasa..So jom kita buat pavlova!!! Yang ni buat harini utk kawan2 Amir (my son). 

Bahan-bahan:

6 biji putih telur ( suhu bilik)
1 cawan gula castor
1 sd kecil lemon extract
1 sd besar tepung jagung
2 sd kecil cuka makan

Cara-cara:

Pukul putih telur sehingga berbuih putih/ kembang (kelajuan sederhana).
Masukkan gula 1 sudu, mix and add 1 sudu lagi, mix dan ulang2 sehingga gula habis.
Bila putih telur dah bertukar jadi meringue ( bila kita rasa antara dua jari, rasa dia soft without any traces of sugar, dan bila kita angkat mixer tu putih telur jadi bertanduk), masukkan lemon extract*.

*saya guna lemon extract instead of esen vanilla sebab bila saya guna esen vanilla ( masa 1st time buat dulu) still boleh rasa hanyir telur tu. Bila guna lemon, rasa xhanyir and bau pun harum je eheehe..

Ok sambung balik,

Bila dah mix lemon extract seketika, matikan mixer. 
Masukkan tepung jagung dan cuka.
Kacau2 dengan senduk plastik sehingga sebati.
Kemudian alaskan baking paper di atas dulang pembakar
Letakkan meringue di atas kemudian bentukkan bulat ( kalau nak lukis bulatan di atas kertas pembakar tu pun ok juga. Tapi saya belasah je buat bentuk ala2 bulat dan agak tebal)
Masukkan ke dalam oven suhu 150 degree (boleh panaskan time sediakan meringue) dan bakar 1 jam.
Lepas 1 jam, tutup oven dan biar ia sejuk dalam oven. Jangan terus keluarkan, nnt kek tu  jadi roboh sikit dan xcantik (collapse).
Utk kek yang ni, saya buat malam..pastu biar je ia sejuk dalam oven tu sampai esok pagi.

Untuk topping,

250 ml heavy cream
2 sd besar gula castor
1 sd kecil esen vanilla

Putarkan cream dan gula sehingga likat (soft peak forms).
Masukkan esen vanilla dan putar 30 saat.
Tuang ke atas pavlova tadi.
Hias dengan berries.



Ni la rupa pavlova saya harini...macam2 berries ada: strawberries, raspberries, blueberries, blackberries, kiwi. Saja letak banyak2 bagi meriah dan colourful :)


Rupa bila dah dipotong....nyum2..xmakan nasi la saya malam ni..asik duk mengadap pavlova je..ada lagi 1/4 boleh makan esok hihi.....


Ni pulak rupa Pavlova yang say buat hari Selesa minggu lepas utk kawan2 lab. Yang ni versi 3 lapis punya ehehe....


Ceritanya, saya sebenarnya nak buat selapis aje. Saya just follow resepi dari joy of baking, cuma saya tukar vanilla ke lemon extract je. Bila pakai 4 biji telur putih, dapat macam nipis je sebab saya buat bulatan agak besar (masa ni lukis dgn pensel ikut acuan kek). So, terpikir nak buat lagi satu. Try pakai 5 biji putih telur. So ok not bad. Tak nipis tak tebal. Sedang2. Tetiba datang angin rajin nak buat satu lagi lapis. Tu yang jadi 3 lapis tu sebab ada 3 keping meringue. Tapi berjaga malamla jawabnya nak masak meringue tu. Nak mix sekejap je. Tang bakar tu makan masa. Time tu saya cuma biar ia sejuk dalam oven dalam sejam je. Lepas tu tukar masuk meringue lain pulak. Nasib baik ok tak collapse. Bila potong cantik je nampak tiga layer kek, cream dan buah2.. Tapi lupa nak snap + malu nak snap depan labmates ehehee...

Sunday, May 19, 2013

Nasi Goreng Hailam

 

Yang ni saya buat weekend minggu lepas utk 'brunch'. Nasi goreng hailam kuah banjir :). Rasanya kat Malaysia memang familiar kot dgn stail nasi goreng banjir ni, cuma saya je xtau. Ni pun saya buat sebab terliur tgk ada seorang rakan FB post gambar nasi goreng hailam berkuah camni eheehe..so saya agak2 je la resepi dia. Jom tengok....

Bahan-bahan nasi goreng:

Nasi putih ( lebihan makan malam)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
Masukkan nasi dan goreng rata.
Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Bahan-bahan kuah hailam:

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran ( kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara-cara:

Masukkan air ke dalam kuali.
Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Senang je kan nak buat ni...so nasi ni saya namakan sebagai....

"NASI GORENG PANGGILAN PULAU" ....zambo zambo zambo...ala ke zambo...:))


Tuesday, April 30, 2013

Mission Accomplished

Alhamdulillah misi utama berada di Finland selama bertahun-tahun sudah tercapai. Akan cuba rajinkan diri update resepi2 baru selepas ini :)

Saturday, January 5, 2013

Busy like a bee

Lama xupdate resepi. Tukang masak bizi tulis thesis katanya..

Friday, August 3, 2012

Laici Kang


Bahan-bahan:

1 tin buah laici/longan
1 tin buah kabung
1 tin cincau (guna separuh aje)
1 paket mix nuts 
3 sudu besar brown sugar
2 cawan air panas.


Cara-cara:

Larutkan gula perang bersama 2 cawan air panas.
Tuangkan ke dalam mangkuk besar
Tuangkan laici bersama sirap
Masukkan buah kabung (tanpa sirap)
Masukkan cincau yang diptong dadu
Masukkan mix nuts
Kacau rata dan sejukkan di dalam peti ais. (atau boleh masukkan ketulan ais semasa hidangan)

Filet Ayam Goreng Kicap


Bahan-bahan:

3 keping filet ayam
1 biji cili hijau/capsicum (dipotong ikut suka)
1 biji bawang besar (dimayang)
3/4 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

Potong kecil filet ayam dan lumurkan garam, kunyit dan serbuk bawang putih.
Panaskan kuali dengan 1/2 cawan minyak masak.
Masukkan bawang dan goreng sehingga kekuningan.
Masukkan ayam dan goreng rata sehingga separa masak.
Masukkan kicap pekat, kicap masin dan sos tiram dan goreng rata sehingga masak.
Masukkan capsicum dan goreng seketika dan matikan api.



Kuey Teow Ladna


Bahan-bahan: (4-5 orang)

1 paket keuy teow kering
1 mangkuk kecil daging (dihirs nipis)
1 paket fishball (dihiris nipis)
2 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih (dicincang)
sayur-sayuran: sawi, kobis, jagung muda, carrot
sedikit serbuk lada putih
kicap manis & masin


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk bersama 2 sudu besar minyak.
Celurkan kuey teow sehingga lembut.
Bilas dibawah air paip yang mengalir dan toskan.
Gaulkan keuy teow dengan sedikit minyak (elakkan daripada melekat)

Di dalam kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
Bila minyak dah panas, masukkan keuy teow berserta kicap manis & manis secukup rasa.
Goreng rata dan ketepikan/ boleh hidangkan terus ke dalam pinggan.

Untuk kuah,

Tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau
Masukkan daging dan goreng seketika
Masukkan 5 cawan air (atau mengikut sukatan kuah yang dikehendaki)
Apabila air mendidih, masukkan fishball
Selepas 2 minit, masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama 1/2 cawan air
Apabila mendidih dan kuah memekat, masukkan sayuran dan sedikit serbuk lada hitam beserta garam secukup rasa.
Kacau rata dalam 2 minit ( untuk mengelakkan sayur dari terlebih masak)
Boleh terus tuangkan ke atas pinggan yang mengandungi kuey teow tadi.