Monday, September 1, 2014

Sup Ikan Jenahak


Bahan-bahan:

2 keping isi jenahak
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (mayang halus)
1 biji bawang Holland (belah 6)
1 biji tomato (belah 6)
1/2 sudu besar serbuk sup
1 tin cendawan butang (belah 2)/kentang/bendi
3 biji cilipadi (belah tengah)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (dihiris)
Air

Cara-cara:

-Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak sehingga wangi/layu.
-Masukkan air (agak2 tenggelam isi ikan)
-Masukkan serbuk sup dan kacau rata
-Apabila air mendidih, masukkan ikan
-Masukkan bawang Holland, kentang, garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan lada putih
-Apabila ikan hampir masak, masukkan cendawan/bendi dan cilipadi
- Apabila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
-Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar.




No comments:

Post a Comment