Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Nasi Dagang Finland




Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras biasa
3 cawan beras pulut
6  ulas bawang merah (mayang)
3 cm halia (mayang halus)
1 sudu kecil halba
300 ml santan cair
300 ml santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masak santan pekat bersama2 dengan bawang merah, halia, halba dan garam (letak garam sehingga ada rasa masin2 sikit) sehingga mendidih. Matikan api dan ketepikan.
2. Campur beras dan beras pulut, basuh dan toskan. Kukus selama 20 minit (saya guna pengukus elektrik).
3. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang besar. Tuangkan santan cair dan kacau rata.
4. Masukkan balik ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.
5. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang besar tadi. Masukkan campuran santan yang dimasak tadi. Gaul rata.
6. Kukus selama 20-30 minit.


Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol (dipotong)
Segenggam asam keping
Garam seukup rasa


1 cm kunyit hidup*
1.5 cm halia*
1.5 cm lengkuas*
3 biji cili kering*
4 ulas bawang merah*
1 bij bawang besar (kuning)*
2 sudu besar serbuk kari ikan
300 ml santan
Air secukupnya

1 tin kecil ikan sardin (optional)

Cara-cara:

1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam (Seimbangkan rasa masin dan masam). Ketepikan.
2. Untuk kuah gulai, kisar bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam periuk bersama2 dengan serbuk kari ikan, santan dan air.
3. Masak/kacau  di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan ikan.
4. Renih dengan api sederhana.
5. Untuk pekat kuah (optional), boleh kisar 1 tin kecil ikan sardin (ikan sahaja) dan masukkan ke dalam kuah gulai.
6. Rasakan garam.


Sambal Ikan

Bahan-bahan:

2-3 ekor ikan rebus
1 cawan kelapa kering (bakar dalam oven sehingga keperangan)
3 ulas bawang merah
4 batang serai (mayang halus)
1 sudu besar gula perang
Sedikit garam

Cara-cara:

Tumbuk kesemua bahan di atas dan gaul rata.

Sunday, May 19, 2013

Nasi Goreng Hailam



Yang ni saya buat weekend minggu lepas utk 'brunch'. Nasi goreng hailam kuah banjir :). Rasanya kat Malaysia memang familiar kot dgn stail nasi goreng banjir ni, cuma saya je xtau. Ni pun saya buat sebab terliur tgk ada seorang rakan FB post gambar nasi goreng hailam berkuah camni eheehe..so saya agak2 je la resepi dia. Jom tengok....

Bahan-bahan nasi goreng:

Nasi putih ( lebihan makan malam)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
Masukkan nasi dan goreng rata.
Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Bahan-bahan kuah hailam:

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran ( kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara-cara:

Masukkan air ke dalam kuali.
Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Senang je kan nak buat ni...so nasi ni saya namakan sebagai....

"NASI GORENG PANGGILAN PULAU" ....zambo zambo zambo...ala ke zambo...:))


Saturday, May 19, 2012

Nasi Bukhari Finland

NASI BUKHARI FINLAND

BAHAN-BAHAN

500 g beras basmathi
500 g rusuk kambing
70 g tomato puree
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji bawang besar kuning (dimayang)
2 sudu besar marjerin
5 dl air rebusan kambing (ikut sukatan air basmathi)
2 dl susu segar (ikut sukatam air basmathi)
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 sd besar jintan putih (tumbuk)
1 sd besar jintan manis (tumbuk)
2 cm kulit kayu manis
1/2 cawan kismis

CARA-CARA

Rusuk kambing direbus bersama sedikit garam dan 2-3 ketul halia yang diketuk sehingga empuk. 
Asingkan air dan rusuk kambing.

Untuk nasi,

Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dengan marjerin yang dipanaskan.
Masukkan bawang putih, bawang besar, tomato puree, jintan putih, jintan manis. Masak sehingga naik bau.
Masukkan beras basmathi, susu, kismis dan 1 sudu kecil garam. Gaul rata.
Susunkan rusuk kambing di dalam rice cooker, masukkan beras yang dimasak tadi. Kemudian buat satu lagi lapisan rusuk kambing dan beras.
Masukkan air rebusan rusuk kambing tadi.
Masak macam biasa.

Note: Ni nasi bukhari versi xcukup bahan. Tapi bolehla cukup rasa. Simple dan sedap.


Sunday, January 8, 2012

Nasi Biryani 1 Malaysia


Resipi Nasi Biryani 1 Malaysia ni asalnya dari Chef Riz. Time tengok dia masak dalam Kuliah Master tu nampak macam sedap je..Masa tu saya tgk kat youtube. Time cek kat website astro, resepi dia macam lain sikit..Since video yang kat youtube tu dah xde, saya tryla jugak buat sambil ingat2 lupa dan ejas2 skit.

Bahan-bahan:

500 gram beras Basmathi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji banana shallot (bawang merah)
4 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkh
1 batang serai
Sehelai daun pandan (disimpul)
Sedikit daun ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato (potong dadu)
Segenggam gajus
Segenggam kismis
1 1/2 sudu besar biryani paste
1 ketul kiub ayam
1/3 cawam air ros
2 dl susu segar*
5 dl air*
1 sudu kecil garam
Sedikit saffron (direndam di dalam air panas)

* sukatan susu dan air berdasarkan sukatan air untuk beras basmathi

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi, masukkan rempah ratus, bawang, serai, dan daun pandan.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan tomato. Kacau2 sehingga layu
Masukkan daun ketumbar, paste beriyani dan kacau2 sehingga pecah minyak
Masukkan beras, goreng2 seketika
Masukkan susu, air, kiub ayam dan garam
Kacau rata.
Masukkan gajus dan kismis.
Masak sehingga nasi mengembang
Masukkan air ros, dan titiskan sedikit air rendaman saffron
Kacau rata, tutup periuk
Biarkan masak dengan api kecil/sederhana



Prawn Tikka Masala

Bahan-bahan

1 paket udang size sederhana (kalau dapat udang harimau lagi best)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji bawang putih (dicincang)
2 cm halia (potong pendek)
1 bij cili hijau (potong pendek)
1 sb serbuk cili
1 sb rempah garam masala
1 sk serbuk kunyit
1 1/2 sb gula
1 sb tomato puree
1 tin chopped tomato
1 cup plain yogurt
4 helai daun kari
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang, cili dan halia. Goreng hingga layu
Masukkan serbuk cili, garam masala, serbuk kunyit dan gula. Kacau rata
Masukkan tomato puree dan chopped tomatoes. Kacau rata
Masukkan ke dalam blender. Blend sehingga hancur.

Dalam kuali yang sama, masukkan udang dan tuangkan bahan yang dikisar tadi
Masukkan daun kari, yogurt dan kacau2 sebati
Rasakan garam
Masukkan daun ketumbar yang dihiris kasar.
Dah boleh angkat

Resepi ni saya guna resepi yang sama untuk Chicken Tikka Masala by Chef Ramsay.

Daging Kerutuk

Untuk daging kerutuk,

Bahan-bahan:
Daging 1 kilo (potong sederhana besar)
Rempah kerutuk adabi 1 paket
Bawang besar 2 bji (mayang nipis)
Bawang putih 2 ulas (mayang)
Halia 1 inchi (mayang)
Kulit kayu manis (1 cm)
Buah pelaga 5-6 biji
Sekuntum bunga lawang
Kerisik
Santan
Ubi kentang

Cara-cara:

Tumiskan bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga naik bau
Masukkan rempah kerutuk dan setengah cawan air
Kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan daging dan dua cawan air dan 500ml santan
Didihkan dengan api perlahan supaya daging empuk dan kuah memekat (pecah minyak)
Makan masa jugak nak masa ni (dalam 2 jam)
Kacau2 gaul2..dan masukkan kerisik, gula merah/gula melaka (org kelantan panggil nisan). Kalau nisan saiz besar tu masukkan setengah keping..Gula merah pasir pun boleh tapi kena agak2 jgn bagi manis sgt. Masukkan garam secukup rasa.
Bila kuah agak kering tapi daging xempuk lagi boleh tambah air
Bial daging dah empuk, masukkan kentang dan kacau2 dan tunggu hingga kuah agak pekat dah pecah minyak.
Then tutup api.

Friday, January 6, 2012

Mushroom Baked Rice With Tiger Prawns


Resepi kemudian. Nak kena recall balik..Masak dah lama. Sebulan lebih dah tu yang resepi ingat2 lupa ehehee

Sunday, October 30, 2011

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

3 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
10 ekor udang
4 batang sosej (potong pendek)
1 paket mix vegetables
2 bji telur
sedikit serbuk lada hitam/ lada sulah

Cara-cara:

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Pecahkan telur dan goreng hancur. Ketepikan
Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau
Masukkan udang dan sosej.
Masukkan mix vegetables serta garam secukup rasa
Bila udang dah agak masak, masukkan nasi
Goreng2 rata kemudian masukkan telur hancur dan sedikits serbuk lada hitam/putih
Bila dan masak, hiaskan dengan hirisan daun bawang

Wednesday, October 26, 2011

Bubur Nasi Berlauk

Kadang-kadang, bila selera makan itu tak ada, bubur nasi boleh membantu :)..Nak-nak kalau letak sambal kicap with cilipadi...perghhh!!

Untuk lauk, saya just masak jantung ayam goreng kunyit dan telur dadar hancur

Jantung Ayam Goreng Kunyit

Lumurkan jantung yam dengan kunyit dan garam
Panaskan setengah cawan minyak masak
Gorengkan jantung ayam sehingga masak
Masukkan sedikit sos tiram, hirisan bawang kuning dan beberapa biji cili kering
Goreng2 rata dan angkat


Untuk kuah, just masak sup ayam simple je..

Wednesday, August 17, 2011

Nasi Ayam Lagi

Harini masak nasi ayam. Kalau nak tgk resepi bolek klik sini --> Nasi Ayam


Nasi


Ayam


Sup


Salad


Sambal kicap


Sambal cili merah


Popia Segera


Pencuci gusi :D

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 11

Harini saya masak Beef Pilau. Pakai yang rempah segera brand Shan. Kalau dekat sini, saya beli kat kedai Arab. Kat Malaysia mesti ada jual kan. Tapi xdelah saya exactly ikut dianyer instruction kat belakang kotak tu..saya just pakai rempah dia buat rebusan. Bila dah empuk daging, saya tapis air dia. Lepas tu masukkan ke dalam periuk bersama beras dan daging. Masak nasi mcam biasa.


Beef Pilau.


Shan Pilau Biryani


Instruction


Untuk kuih, saya buat kuih lopes. Xtaula ikut resepi betul ke tak sebab saya main taruk je. Janji ada rupa lopes ehehe..Nak bentukkan kuih ni pun saya just pakai tangan je..xde acuan ehehe..

Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pes pandan (nak nampak kaler ijau. nak pakai pewarna pun ok)
secubit garam

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa.
Bila dah masak (biarkan sejuk dahulu), bentukkan dengan tangan (pastikan pakai sarung tangan plastik yang nipis tu ye ehehe) macam bola.
Golek2kan dalam kelapa parut
Susun ke dalam pinggan dan tekan sedikit supaya dia jadi leper.
Untuk kuah, just cairkan gula melaka/nisan dengan air (ikut tahap kemanisan) di atas api sederhana.



Juadah kami harini :)

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Delight: Day 7

Harini masak nasi minyak dan kerutuk daging


Manisan: Bubur Cha Cha

Untuk resepi boleh klik ke link ni;


Nasi Minyak

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang Holland (dimayang)
3 sudu besar minyak sapi (ghee butter/oil)
3 cawan beras
4 cawan air
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi
Tumiskan rempah ratus dan bawang sehingga layu.
Masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras, air dan susu segar
Masukkan garam. Kacau2 rata
Masak nasi macam biasa.

Acar Timun

1 biji timun (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji carrot (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji bawang besar dimayang halus
1 biji cili merah dimayang halus
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara:
Masukkan 2 sudu besar gula ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga larut
Tuang ke dalam bekas yang berisi timun, carrot, bawang dan cili merah yang telah dipotong
Masukkan sedikit garam (setengah sudu kecil)
Masukkan 3-4 sudu besar cuka
Gaul rata.

Wednesday, May 4, 2011

Nasi Jagung dan Ayam Peri-Peri...



Nasi Jagung

Bahan-bahan:

1 biji bawang kuning (mayang halus)
2 sm halia (mayang halus)
1 sm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 sudu besar marjerin
1 tin isi jagung (dalam 250g)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar garam
Beras (seeloknya pakai basmathi. sukatan air ikut jenis beras)

Cara-cara:
Basuh beras dan masukan bersama sukatan air dalam rice cooker.
Masukkan setengah cawan susu cair, air jagung (yang dalam tin tu) dan garam. Kacau rata.
Dalam kuali, panaskan mentega dan masukkan bawang, halia dan rempah ratus. Tumis sehingga layu.
Kemudian masukkan ke dalam rice cooker dan kacau rata.
Masak nasi macam biasa.
Bila beras dah mula kembang (jangan sampai kering air) masukkan jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga nasi masak.

*Untuk resepi peri-peri chicken, boleh selak2 entri lepas ye...(kali ni saya guna lemon and fresh basil and rosemary leaves..)

Wednesday, March 23, 2011

Bubur Nasi Berlauk Kg Espoo :)

Weekend lepas teringin sangat nak makan bubur nasi berlauk ala2 Kg Baru tu...so cuba je la buat kat umah...

Bubur Nasi (Plain)

Ikan Bilis Goreng

Ikan Tenggiri Masin Goreng. Hancurla pulak time goreng tu..

Kangkung + mushroom goreng belacan

Lagi satu lauk, sup ayam lupa nak snap gambar....Saya memang suka makan nasi air/bubur nasi..Makan ni dari dinner, lunch dan dinner balik..3 kali makan ehehehe...siap bertambah...En. Jemi hanya mampu memandang kehkehkeh..dia bukan suka sangat bubur nasi ni..dia prefer nasi biasa je...

Saya makan ni dengan sambal kicap...perghhhh!!

Sunday, February 6, 2011

Nasi Tomato & Kurma Kambing



Bahan-Bahan Nasi Tomato:

Uncle Ben's Basmathi Rice (6 orang makan, ikut sukatan dekat dianyer kotak)- basmathi lain pun boleh guna jugak
70 g tomato puree (yang dalam tin)
2 cm halia mayang halus
1 biji bawang besar mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara:

Basuh beras macam biasa dan masukkan air. Letakkan dalam rice cooker
Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus dengan minyak sapi sehingga layu
Tuang ke dalam rice cooker
Masukkan tomato puree dan setengah sudu besar garam, kacau rata.
Masak macam biasa.Lagi 15 minit sebelum masak, buka rice cooker dan kacau rata seketika.
Bila nasi dah masak, boleh hidang macam biasa.


Bahan-Bahan Kurma Kambing:

1 kilo peha kambing potong kecil
1 biji bawang besar mayang halus
2 ulas bawang putih mayang halus
2 cm halia mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar rempah kurma
Santan pekat 250 ml
4 biji kentang

Cara-cara:

Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus sehingga layu
Masukkan serbuk kurma dan sedikit air dan kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan kambing dan 4 cawan air serta 1 sudu kecil garam
Tutup periuk dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 1 jam
Masukkan santan dan renehkan sehingga daging empuk
Bila dah empuk boleh masukkan kentang
Rasakan garam dan tambah 1 sudu kecil gula
Bila kentang dah empuk masukkan 2 biji cili hijau yang dipatah 2 (optional)
Biarkan mendidih 10 minit kemudian angkat

Saturday, February 5, 2011

Nasi Kerabu


NASI KERABU FINLAD MARI :)


A. Nasi


3 cawan beras basuh macam biasa
Masukkan air dan sedikit serbuk kunyit, 1 batang serai yang diketuk dan 3 helai daun limau purut (kacau rata supaya kunyit larut sekata)
Masak dalam rice cooker macam biasa.

B. Sambal Tumis


Bahan macam dalam gambar di atas
Blend semua bahan
Masukkan dalam kuali/periuk dan kacau2 hingga kering air
Masukkan minyak dan kacau2 sehingga pecah minyak (api perlahan)
Kalau nampak cam agak kering, boleh tambah minyak lagi (didihkan perlahan2 sambil kacau2)
Bila dah pecah minyak, masukkan sekotak santan (500ml)
Masukkan 2 batang serai diketuk, 4-5 helai daun limau purut, 2 sudu besar gula dan garam secukup rasa
Didih dengan api perlahan (kacau2 sekali sekali sehingga kuah memekat dan pecah minyak.



C. Sambal Ikan & Kelapa


Untuk kelapa, saya guna kelapa parut yang frozen tu. Bila dah defrost, goreng kering di dalam kuali dengan api perlahan sehingga kekuningan (Saya pakai oven je sehingga kelapa kekuningan baru pindah dalam kuali)

Untuk part ikan:

5 ekor ikan selayang direbus dengan asam, garam dan daun limau purut
Bila dah masak, perisikan ikan dan tumbuk masukkan ke dalam kuali yang mengandungi kelapa kering.
Blend 1 biji bawang besar, sedikit halia, 5 batang serai yang dimayang halus dan setengah sudu besar lada hitam biji (blend kasar).
Masukkan hasil blend ke dalam kuali yang mengandungi kelapa dan ikan tadi
Goreng2 rata sehingga kering..

D. Ulaman


Boleh guna mana2 ulaman yang disukai..Sini ada daun kesum, kacang panjang, timun dan kobis. Boleh juga guna bunga kantan, serai kayu dan lain2.

E. Ikan Celup Tepung


Saya just guna bancuhan yang sama untuk bancuhan pisang goreng. Tepung beras campur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. (saya xde kapur, so xletak)

* Untuk budu (saya xbuat ni since budu dah habis), boleh hiris 4-5 biji cili api, 1 biji cili merah, 2 batang serai, sedikit cuka dan gula, 2 biji bawang merah dan kacau rata bersama budu.

* Lagi satu, kalau sambal tumis dan sambal kelapa tu tak habis, boleh simpan dalam freezer. Tahan berbulan2 (my mum cakap)....bila nak makan just panaskan je..

----------------<@

Cerita pasal nasi kerabu, bila orang sebut nasi kerabu je mesti terbayang yang kaler biru tu yang selalu jual kat kedai2 or pasar malam. Sebenarnya nasi kerabu ni ada dua jenis. Satu nasi kerabu biru (yang jenis kering). Yang biru ni makan dengan sambal kelapa kering (just goreng kering kelapa parut je), sambal ikan (pun goreng kering jugak), budu, air lada.

Kalau yang nasi kerabu kuning (yang ni jarang jumpa orang jual kat pasar malam. maybe kos nak buat sambal tumis tu mahal kot ehehe..ye la dengan bawangnya, santannya, minyaknya, gas lagi (sebab nak kena didih lama) selalu makan dengan sambal tumis dan sambal kelapa & ikan yang dimasak bersama (macam yang saya buat kat atas tu)...kalau makan yang ni xde budu pun sedap juga sebab sambal tumis tu dah already manis, masin, pedas..

Accesories untuk nasi kerabu ni macam2 ada. Ada ulam-ulam, bawang putih jeruk, solok lada, telur masin, ikan celup tepung, daging bakar, ayam percik, bla2..

*eh kalau silap fakta sorry ek

Monday, March 22, 2010

Nasi Marjerin

Nasi marjerin dengan ayam masak merah (makan dengan sambal ikan bilis pun sodap). Sebenarnya nasi marjerin ni selalu saya buat kaler kuning, macam dalam gambar header kat atas tu..tapi bila nak masak nasi, baru perasan yang pewarna kuning dah abis, tu yang main bubuh aje klaer hijau..kaler pun xberapa nak terang, ala-ala hijau pucat.

Ayam Masak Merah

Goreng ayam (goreng kunyit) separa masak.

Bahan-bahan untuk diblender..

Bila dah blender, tumis dengan minyak bekas goreng ayam tadi.. Tumis dengan api perlahan supaya xcepat hangus sebelum rencah ni masak..

Tumis sampai naik minyak..Masukkan gula dan garam..

Cili kering saya guna agak pedas, so saya letak satu tin tomato nak cover pedas..

Masukkan tomato..kacau2 masukkan ayam yang digoreng tadik...biar dia mendidih perlahan hingga kuah agak pekat..Lupa plak nak snap gambar bila dah masuk ayam..

Nasi Marjerin


Sebiji bawang kunig dimayang..

Panaskan dua sudu besar marjerin dalam kuali..

Tumis bawang bersama marjerin hingga agak layu. Pastu tuangkan kesemua ini ke dalam rice cooker (basuh beras letak air siap2) dan letakkan pewarna kuning. Masak macam biasa.