Sunday, February 6, 2011

Nasi Tomato & Kurma Kambing



Bahan-Bahan Nasi Tomato:

Uncle Ben's Basmathi Rice (6 orang makan, ikut sukatan dekat dianyer kotak)- basmathi lain pun boleh guna jugak
70 g tomato puree (yang dalam tin)
2 cm halia mayang halus
1 biji bawang besar mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara:

Basuh beras macam biasa dan masukkan air. Letakkan dalam rice cooker
Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus dengan minyak sapi sehingga layu
Tuang ke dalam rice cooker
Masukkan tomato puree dan setengah sudu besar garam, kacau rata.
Masak macam biasa.Lagi 15 minit sebelum masak, buka rice cooker dan kacau rata seketika.
Bila nasi dah masak, boleh hidang macam biasa.


Bahan-Bahan Kurma Kambing:

1 kilo peha kambing potong kecil
1 biji bawang besar mayang halus
2 ulas bawang putih mayang halus
2 cm halia mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar rempah kurma
Santan pekat 250 ml
4 biji kentang

Cara-cara:

Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus sehingga layu
Masukkan serbuk kurma dan sedikit air dan kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan kambing dan 4 cawan air serta 1 sudu kecil garam
Tutup periuk dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 1 jam
Masukkan santan dan renehkan sehingga daging empuk
Bila dah empuk boleh masukkan kentang
Rasakan garam dan tambah 1 sudu kecil gula
Bila kentang dah empuk masukkan 2 biji cili hijau yang dipatah 2 (optional)
Biarkan mendidih 10 minit kemudian angkat

No comments:

Post a Comment