Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Spring BBQ

Aktiviti last Friday, 17.5.13 bersama2 geng2 lab dan other lab also join.

Tgk derang bakar mushroom with cheese nampak sedap. 

Dekat yard antara bangunan school. Memang best tempat dia.

Saya rasmi bakar satay sebelum derang start bakar all the daging yang tak halal.

Saturday, May 19, 2012

BBQ


Harini cuaca elok..xpanas sangat, xsejuk sangat..so petang aktiviti BBQing di depan rumah..



Pagi tadi sempat perap lamb, cucuk2 buat satay. Ada tambah ayam sikit then meatball. Meatball tu pakai yang frozen punya. Defrost then cucuk2 buat satay jugak..

Untuk bahan-bahan perapan saya ambil dari MyResepi. Kredit to harligt@myresepi.com. Saya copy paste je ni...

BAHAN PERAP

2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak
Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya


Lamb satay dah siapppppp...


Dear daughter duk termenung tgk apa ntah..


Berehat kejap daripada bermain...makan duluuuu...


Me dan Yanie..Kebetulan tadi Yanie pergi playground area rumah kitaorang. Alang2 ajak berbbq sekali..The more the merrier!! (abaikan dagu yang berlapis itew)

Saturday, May 5, 2012

Malaysia Canteen

We got invitation from Malaysia Embassy of Finland for makan-makan 'Malaysia Canteen'. Since menu dia agak best (mee kari, pulut panggang, bubur durian, karipap, teh tarik dll), so apa lagi..rezeki jangan ditolak. Of course la kena bayar €6 per adult, tapi berbaloi2 coz mee kari dia memang terbaik!

We went there by train. Saja bawak anak2 naik train sekali-sekala. Lagipun the venue tengah bandar, susah parking so by train lagi better :)

Sampai station Leppavaara, nampak family Faizah..sama2 naik train ke Hels.

On the way to the venue, nampak kumpulan orang berpiket..Mintak 'halal' kan tanam ganja di rumah..macam-macam ehehe

Police escort dari belakang

Sampai dah, orang agak ramai. Majlis start from 3 pm to 5 pm.


Mee Kari

Mr Ambassador tengah bagi ucapan 




Tuesday, May 1, 2012

Weekend @ Lappeenranta

1.5.2012 cuti umum..28.4.2012 hari Ahad..29.3.2012 ponteng sekolah...Petang 28.4.2012 lepas habis swimming class anak2..around 6 pm, kami bertolak ke Lappeenranta, about 2.5 hours from Helsinki menuju ke rumah shabat kami Ezral & Ismiza...

Lapang betul jalan raya..Memang xbanyak kereta..Masa lagi 1 jam nak sampai..


Misi utama..Sebenarnya misi utama adalah membawa barang2 mentah ke sana macam ayam halal, ikan, roti canai, cilipadi favourite is dan macam2la...pasalnya sekarang Is dah sarat mengandung..dah tak boleh nak ulang-alik turun Helsinki beli bahan mentah. Memang borong habisla kami hingga penuh peti sejuk beku diaorang :)

Esoknya 29.4.2012..jalan sekitar pekan. Harini Vappu eve..so ramai student2 uni keluar lepak pakai uniform dengan cap putih (pakaian rasmi) minum2..kira celebrate Vappu Day la (1.5.2012)...

Me with Is

The kids with Vappu ballons..

Us..

Wednesday, October 5, 2011

Book for Weekend

Minggu lepas time minum kopi @ coffee table, aku sesaja la belek2 buku yang ada kat rak tu..Ada satu novel ni, aku amik pastu belek2 baca gitu2 je la sambil2 minum. Sekali seketari boss aku cakap, "Saya ada atu buku ni, ada orang bagi hadiah tapi saya xbaca2 pun lagi. Nnt saya ambil bagi awak baca weekend ni," Terus dia gi amik kat bilik dia bagi aku..Aku pun, "errr..saya xtahu sempat baca ke tak ni". Pastu seketari tu cakap takpe take ur time...Huhu setakat ni buku tu belek pun tak lagi..ada elok je duk atas meja kat rumah. Bila ntah nak boleh baca. Kang aku pulangg je buku ni pastu cakap dah baca heheh..Tapi...kalau disuruhnya aku buat ulasan tak ke naya??

Saturday, July 9, 2011

Summer Holidays: Paris 2


Hari ke-2 dan ke-3 seterusnya adalah sepenuh masa di Disneyland. Kami ambil 2 hari sebab kat situ ada dua park. Kiranya satu hari di Disneyland Park dan satu hari lagi di Walt Disney Studio. Ticket price rate macam kat bawah ni..memang mahal..tapi kami dah menabung awal2 lagi untuk tiket ni ngehngehngeh....

Ticket kami beli online, senang sikit..print siap2 kat rumah nanti sampai sana tak perlu nak beratur panjang :)

So bangun pagi2 siap breakfast semua2 around 10 am kami ke train station (dekat je dengan hotel).


Kami punya hotel dekat Nosiy-Champs. Kira ada 5 stop sebelum sampai Marne-la-Vallee (Disneyland Park). Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. One more thing about Paris is always beware of the pick pockets! Memang famous kat sini kisah penyeluk2 saku ni..Mereka2 ni bergerak either berseorangan atau berkumpulan dan antara tempat yang paling femes kena ialah dalam train. Even masa tengah tunggu train pun ada announcement supaya berhati2 dengan sang penyeluk saku. Alhamdulillah sepanjang 5 hari kat Paris, naik turun train, metro semua, dompet kami selamat. Memang aku alert giler la time dalam train or metro..handbag memang pegang xlepas dan mata aku sentiasa pandang kiri kanan and especially pouch bag En. Jemi :D. Dan semestinya yang paling penting, sebelum keluar berjalan tu aku siap2 pesan dekat anak2 supaya baca Bismillah dan aku sentiasa baca Bismillahhi Tawakkal...pohon dilindung dari perkara2 yang tak elok ditempat orang..ye la kitakan tourist, banyak benda yang kita tak tahu..

Ok habis cerita pasal pick pockets ni...sambung cerita Disneyland. Bila dah sampai je..anak2 mestilah excited..mak dia pun apa kurangnya ehehehe..Untuk hari pertama ni kami decide untuk pergi Disneyland Park dulu. So layanla gambar2 kami ni sampai termuntah ehehehe...
















Walaupun kami stay sini dari about 11.30 am to 8.00 pm, ada still few place xsempat nak cover..pasalnya nak beratur main game2 tu semua dah makan masa lebih setengah jam..Tapi tak kisahlah..janji anak2 seronok...End of day 2

Sunday, March 13, 2011

Special Guest From Malaysia: Trip to Estonia

Ni hari ke 4...kami bawak pi Estonia, negara jiran Finland..Naik cruise..Harga xmahal pun...maybe sebab winter..Semua sekali tiket pergi balik €128 lebih kurang. Anak-anak free ticket..

Paling best dalam kapal ni ialah children playground ni....So kami lepak area ni je 2 jam...lepas je anak2 main kat sini...siap ada flat screen tv for cartoons..

The frozen sea....Time ni suhu around -3 degree..so laut xbeku sangat..If -ve belas2...kat kepala kapal akan ada satu alat pemecah ais untuk buat laluan kapal..

Kami just jalan-jalan area old town je...




Kami pernah datang sini sekali dulu tahun 2009 (ada kat entry belakang2)...time tu Spring..xsejuk...time datang sekarang ni winter...kebetulan hari tu windy and snowy...sejuk banget...xleh nak jalan2 sangat..banyak naik hop on hop off je (bus round city). Kami pergi balik hari je..perjalanan 2 jam je...kami pergi pukul 8.30 pagi..balik dalam 7.30 malam...

Saturday, December 18, 2010

Japan Day 6: Universal Studios Osaka

Harini last day kat Osaka..conference dah habis semalam, so harini full day free..Decided to go to Universal Studios khas untuk anak-anak :)...Pagi2 lagi bertolak..Lama jugak duduk sana sampai petang around 5 baru lah bertolak balik...Best jugak kat sana..tapi xmain pun roller coaster or maianan2 lain atau tgk movie2 in 4D...xsempat..Yang sempat cuma pergi tgk show Alice in Wonderland dan Amir ngan papa sempat pergi Jurassic Park Ride..Mama ngan Anis duk luar aje sebab Anis xboleh join sebab tak cukup tinggi :)....Pastu shopping2 barang mainan anak-anak dan alat tulis (mama semangat padahal lambat lagi nak sekolah, siap beli keychain nak letak kat beg sekolah kuikuikui)

Tengah tunggu 'special train' to Universal City
Dah sampai Universal City...
Bergambar wajib di Universal Studio punya 'brand'

Dekat entrance..lepas dah bayar tiket sume2
Spiderman store for Amir
Back to the future faveret papa..
Peterpan...tapi xmasuk pun...jalan2 bhgn luar je..
Jurassic park..dinasour sume kat dalam dan xbleh amik pics...Amir ngan papa je join the ride..
Waterworld pun ramai org duk beratur tunggu turn..xtaula game apa...shark pun ada..
Pergi rumah Snoopy...
OZ Land...
Masuk restaurant ni...beli fries dan air..kebetulan ada roadshow..layannn


Siapakah yang paling over dalam gambar ni???

Anis and her "Kitties"

Kesokkan harinya pagi2 lagi bangun kejar train nak ke airport pasalnya flight kol 11 pagi....Masa tengah tunggu train, papa duk snap2 gambar kami..Pastu tetiba ada sorang Japanese offer nak tolong ambilkan gambar kitaorang berempat...So inilah satu-satunya gambar "All 4 One and One 4 All" time kat Jepun ni...(mata bengkak sembab sume ada....biasalah tidur xmenentu)

Flight dari Osaka ke Amsterdam bukain main lama 11 jam..macam balik ke Malaysia plak..transit 5 jam..Ingat airport tu ada macam2...dalam kepala duk berangan nak shopping sakan...sekali tengok xbest pun..terompah banyakla...tapi satu pun xbeli...beli coklat dengan keychain terompah aje....


*Next ICC4 2012 will be in Chicago.....so let's see if ada rezeki untuk saya...ehehehe