Showing posts with label Mee or Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee or Pasta. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Kuey Teow Ladna


Bahan-bahan: (4-5 orang)

1 paket keuy teow kering
1 mangkuk kecil daging (dihirs nipis)
1 paket fishball (dihiris nipis)
2 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih (dicincang)
sayur-sayuran: sawi, kobis, jagung muda, carrot
sedikit serbuk lada putih
kicap manis & masin


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk bersama 2 sudu besar minyak.
Celurkan kuey teow sehingga lembut.
Bilas dibawah air paip yang mengalir dan toskan.
Gaulkan keuy teow dengan sedikit minyak (elakkan daripada melekat)

Di dalam kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
Bila minyak dah panas, masukkan keuy teow berserta kicap manis & manis secukup rasa.
Goreng rata dan ketepikan/ boleh hidangkan terus ke dalam pinggan.

Untuk kuah,

Tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau
Masukkan daging dan goreng seketika
Masukkan 5 cawan air (atau mengikut sukatan kuah yang dikehendaki)
Apabila air mendidih, masukkan fishball
Selepas 2 minit, masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama 1/2 cawan air
Apabila mendidih dan kuah memekat, masukkan sayuran dan sedikit serbuk lada hitam beserta garam secukup rasa.
Kacau rata dalam 2 minit ( untuk mengelakkan sayur dari terlebih masak)
Boleh terus tuangkan ke atas pinggan yang mengandungi kuey teow tadi.

Wednesday, July 25, 2012

Mee Udang


Bahan-bahan:

1 kg udang harimau
10 mug air
*segenggam cili kering (direbus terlebih dahulu)
*segenggam udang kering
semangkuk ubi keledek yang dipotong dadu
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 cm halia
1 biji tomato (belah 4)
1 sb gula
1 cawan serbuk pecal
1 paket fishball dihiris nipis
4 sudu besar sos tomato
minyak utk menumis
garam secukup rasa


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk
Apabila mendidih, masukkan udang dan renih selama 10 minit.
Asingkan udang daripada kuahnya dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda *
Tumiskan di dalam periuk besar yang berisi 1/2 cawan minyak masak bersama tomato sehingga pecah minyak
Masukkan 1 cawan air rebusan udang dan serbuk pecal
Kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan udang selebihnya bersama 1 mangkuk ubi keledek
Didihkan dengan api sederhana.
Masukkan 1 sb gula, sos tomato dan garam secukup rasa
Bila dah mendidih, masukkan fishball dan kecilkan api
Renehkan dengan api perlahan.

Untuk mee, saya gunakan spaghetti je.
Rebuskan spaghetti bersama sedikit minyak dan serbuk kunyit.

Untuk sayuran, boleh celurkan sayur sawi.

Bila nak hidang, boleh masukkan udang (jumlah yang hendak dimakan. kalau masukkan semua nnt udang akan mengeras sebab mendidih lama) just untuk celur di dalam kuah sebelum dihidang.
Hidangkan bersama sayur sawi dan tomato ceri. Taburkan daun bawang dan cili merah.



Sunday, March 4, 2012

Spaghetti ai Gamberi



Bahan-bahan:

Spaghetti (2 orang makan)
Sedikit olive oil
2 ulas bawang putih
1 mangkuk tomato ceri (dibelah 2)
Segenggam fresh parsley (dihiris)
8 ekor udang harimau
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*2 sudu besar crushed tomato (yang dalam kotak) - optional



Cara-cara:

Spaghetti rebus dengan sedikit garam dan olive oil
Bila dah masak, tapis dan bilas dibawah air paip yang sejuk
Gaulkan dengan sedikit olive oil dan dried oregano

Tumiskan bawang putih yang telah dicincang dengan sedikit olive oil sehingga wangi
Masukkan udang, goreng sehingga separa masak
Masukkan tomato ceri, garam dan serbuk lada hitam
Kacau rata dan masukkan fresh parsley
Kalau nak berkuah sedikit bolehla masukan 2 sudu crushed tomato (saya pakai yang dalam kotak je) atau tomato biasa yang dipotong dadu.
Bila dah masak, angkat dan tuang ke atas spaghetti.
Taburkan hirisan fresh parsley


Spaghetti ai gamberi ni dalam bahasa Italy. Bahasa Melayunya spaghetti dengan udang je ehehehe..Haritula tgk member upload gambar Liguine ai Gamberi kat FB terus terliur ehehe. Bila saya google, so basic untuk spaghetti gamberi ni adalah udang, tomato ceri dan parsley. Kalau nak ejas2 tu bolehla tambah apa2 bahan ikut suka ehehehe...

Resepi asal kat sini --> Spaghetti Ai Gamberi

Friday, January 13, 2012

Baked Meatball Bolognese


Ujian ciptarasa pada harini ialah menggunakan bahan utama iaitu meatball :P. Nak buat bolognese macam biasa bahan xcukup. So olah2 sikit resipi...Masak ni untuk minum petang anak2 dan papanya balik dari school/daycare. Saya tak pergi school harini..Bermalas2 kat rumah ehehe..so terasa rajin nak buat ujian ciptarasa harini :)

Bahan-bahan:

Spaghetti (agak 4 orang makan)
1 paket ready-made meatball (saya pakai yang frozen punya)
1 biji bawang besar (kuning)- diptong dadu kecil
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 biji tomato
1 helai daun bay (dried)
1 batang celeri
1 sb tomato puree
Sedikit dried thymes (or boleh juga nak guna oregano)
Sedikit serbuk lada hitam
Cheddar dan mozarella cheese


Cara-cara:

Spaghetti rebus dengan sedikit garam dan olive oil. Toskan
Masukkan sedikit olive oil (1/3 cawan) ke dalam kuali
Masukkan bawang dan tumis sehingga layu
Tomato, daun bay dan batang celeri dikisar dengan sedikit air terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
Kacau2 dan biarkan seketika.
Masukkan meatball dan kacau rata
Masukkan tomato pure, black pepper powder, serbuk thymes dan rasa garam
Bila meat ball dah agak masak, masukkan 1/2 cawan susu dan kacau rata
Bila kuah dah agak kering/memekat, tutup api
Masukkan spaghetti yang ditoskan tadi
Gaul rata.
Masukkan ke dalam mangkuk.
Taburkan parutan cheddar dan mozrella cheese.
Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu (280 degree) selama 10 minit/ cheese melt.

*Untuk rasa yang lebih sedap, boleh masukkan parutan carrot dan cendawan semasa prepare sos bolognese.

Bihun Sup Sayur Ringkas


Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam (potong kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 paket kecil bihun (direndam air panas dan toskan)
1 ikat sayur sawi
1 paket cendawan jarum
Sedikit kobis
Sedikit kobis bunga

Cara-cara:

Tumiskan bawang dengan sedikit minyak
Masukkan ayam dan 500 ml air
Masukkan 1 ketul kiub pati sayuran
Biarkan mendidih.
Rasakan garam dan masukkan sedikit serbuk lada hitam
Bila ayam dah masak, masukkan bunga kobis, kobis, cendawan
Lepas 2 minit, masukkan sawi
Kacau2, lepas 1 minit tutup api.
Serve dengan sambal kicap.

Friday, January 6, 2012

Creamy Mac and Cheese


Bahan-bahan:

2 cawan macaroni (direbus dan toskan)
2 cawan grated cheddar cheese
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar
Sedikit dried thyme leaves
Sedikit parutan buah pala (nutmeg)
Sedikit serbuk paprika

Cara-cara:

Panaskan butter.
Bila dah cair masukkan tepun gandum dan kacau sehingga tepung larut.
Kacau2 dengan api sederhana dalam 2 minit (supaya tepung gandum masak)
Masukan setengah cawan susu, kacau2 rata sehingga tepung dan butter sebati dengan susu
Bila dah sebati, masukkan lebihan susu tadi dan kacau dengan api sederhana
Masukkan nutmeg, thymes dan serbuk paprika
Kacau rata.
Bila kuah dah memekat, kecilkan api dan masukkan cheese tadi (tinggalkan sedikit untuk topping). Kalau nak cheese lebih boleh tambah lagi
Kacau2 sehingga cheese larut dan sebati dengan sos. Rasakan garam

Masukkan macaroni yang direbus tadi ke dalam bekas
Tuangkan cheese sos tadi dan gaul rata.
Taburkan lebihan cheese parut di atas permukaan makaroni.
Panaskan oven suhu 280 degree.
Bila oven dah panas, masukkan macaroni dan bakar dalam 10-15 minit sehingga cheese cair ( golden brown).

* Cheddar cheese kalau dapat yang jenis kaler oren tu lagi best rasanya. Kat sini xjumpa lagi yang tu kat kedai. Pakai yang cheddar biasa kaler kunig air tu je..

Simple Vegetable Noodles

Bahan-bahan:

Dried vegetable noodle (rupa dia macam mee sanggul)
2 ulas bawang putih
1 mangkuk isi ayam yang diptotong kecil
4-5 ekor udang
1 paket cendawan
1 paket baby spinach
1 biji tomato
1/2 ketul kiub pati sayuran

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit olive oil
Masukan isi ayam dan goreng rata
Masukkan isi ayam dan 400-500 ml air
Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan rasakan garam
Bila dah mendidih/ayam masak, masukkan udang
Masukkan mee tadi.
Bila meed ah lembut masukkan sayuran
Lepas 2 minit dah boleh angkat.




Mee Segera Udang Harimau


Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar serbuk kari
3 paket mee segera (perisa sayuran) - perencah hanya guna 1 paket shj
5-6 ekor udang harimau
Sedikit cendawan kering/fungus (rendam dengan air panas sehingga kembang)
1 batang daun celeri
1 batang carrot

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan serbuk kari dan kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan 3 cawan air
Biarkan mendidih serta masukkan 1 paket perencah sayuran mee segera tadi
Masukkan udang
Bila udang dah masak, masukkan sayuran serta rasakan garam
Dalam 1-2 minit (kuah mendidih), masukkan mee segera
Bila mee dah lembut/masak dan boleh angkat dan terus makan :)..Kalau biar lama2 nnt kembang pulak mee tu :D
Boleh jugak taburkan daum ketumbar untuk lebih harum :P

Thursday, December 8, 2011

Fresh Spaghetti


Menu Diet Kali Ini :)

2 keping dada ayam (potong kecil nipis2)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Spaghetti (direbus dengan sedikit olive oil dan garam)
Serbuk lada hitam
Sedikit dried Rosemary
4 biji tomato (dipotong dadu/cincang)
Segenggam fresh parsley (dicincang/dipotong halus)

Cara-cara:

Spaghetti yang telah direbus dibilas dengan air sejuk dan tapis
Kemudian di dalam mangkuk besar, gaulka spaghetti yang direbus tadi bersama seidkit olive oil dan herba (samada dried oregano/basil/mix herbs)

Panaskan kuali dengan olive oil
Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau
Masukkan ayam, dried rosemary, sedikit garam dan serbuk lada hitam
Kacau rata sehingga ayam masak
Masukkan ke dalam mangkuk besar yang berisi spaghetti tadi. Gaul rata
Masukkan ke dalam pinggan dan letakkan tomato dan parsley yang telah dicincang.

Sunday, November 13, 2011

Linguine Chicken

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam (potong kecil)
Linguine pasta (agak2 untuk 2 orang makan)
Segenggam fresh parsley (ptong halus)
Segenggam daun bayam (baby spinach)
1 bij bawang besar (potong dadu kecil)
Serbuk lada hitam
Olive oil

Cara-cara:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit olive oil
Masukkan linguine. Rebus 5-10 minit sehingga lembut.
Bilas dengan air sejuk dan toskan.

Di dalam kuali asing, panaskan 1/3 cawan olive oil
Masukkan ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan bawang besar dan goreng sehinga layu
Masukkan linguine, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Goreng rata. Jika agak kering, boleh tambah olive oil
Masukkan parsley dan bayam dan goreng dalam 2 minit.
Taburkan formagi cheese sebelum makan.

Mac and Cheese


Mac and Cheese ni resepi diadaptasi daripada rancangan masakan Gordon Ramsay. Saya cuba try dia punya resepi. Mana yang ada saya bubuh, kalau xde saya ganti dengan bahan lain. Mana yang xboleh bubuh macam white wine tu, saya xbubuhla.

Bahan-bahan:

500g macaroni
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 mangkuk besar cendawan

*untuk cendawan, saya pakai jenis Funnel mushroom (cendawan butang dalam tin pun ok rasanya)

2 sudu besar mentega
4 biji telur
Olive oil
Dried thyme
Segenggam chives
Parmesan cheese (diparut)
Cheddar cheese (diparut)

* campuran dua cheese ni agak2 1 mangkuk penuh, kalau nak rasa cheese lebih boleh tambah lagi

5 dl fresh cream
Serbuk black pepper

Cara-cara:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan olive oil. Kemudian masukkan macaroni. Rebus sehingga 5-10 minit
Bila dah lembut, tapis dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.


Panaskan sedikit olive oil di dalam pan, dan masukkan cendawan
Goreng rata sehingga kering air/cendawan masak
Masukkan 2 sudu besar mentega dan sedikit serbuk lada hitam dan goreng rata


Bila dah masak, buangkan sedikit lebihan minyak dan masukkan bawang besar yang diptong dadu dan goreng sehingga bawang layu. Ketepikan

Panaskan fresh cream dengan api sederhana sehingga agak mendidih, kemudian masukkan ke dalam pan yang berisi cendawan tadi
Masukkan 4 biji telur dan kacau rata
Masukkan parutan parmesan dan cheddar cheese kacau rata


Masukkan chives yang dipotong halus dan kacau rata
Masukkan macaroni dan kacau2 sehingga sebati di atas api kecil.


Kemudian masukkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas yang dilumur sedikit mentega


Taburkan parutan cheese (parmesan & cheddar) sehingga menutupi permukaan macaroni tadi
Masukkan ke dalam oven bersuhu 250 degree (panaskan terlebih dahulu) dalam 15-20 minit/sehingga cheese cair keperangan.
Keluarkan dari oven dan biarkan dalam 5 minit kemudian dah boleh hidang.

*Untuk resepi asal, boleh refer ke link ni --> Mac and Cheese Gordon

Sunday, October 30, 2011

Gigli Toscani & Sos Sardin

Bahan-bahan:

Gigli Toscani pasta
2 tin sardin (small size can)
3 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 batang carrot (diparut)
3 sudu besar sos tomato (boleh ganti dengan 1 sudu besar tomato puree)
Dried oregano
Serbuk lada hitam
Olive oil

Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sedikit olive oil dan garam.
Bila dan mendidi masukkan pasta. Rebus sehingga lembut
Angkat dan toskan.
Masukkan balik ke dalam periuk, campurkan sedikit olive oil dan serbuk oregano dan kacau rata.
Serve on plate.


Untuk kuah,

Panaskan olive oil (setengah cawan)
Masukkan bawang dan carrot. Goreng2 seketika
Masukkan tomato. Masak sehingga tomato becomes juicy
Masukkan sardin, sos tomato garam, sedikit serbuk lada hitam dan oregano.Kacau rata.
Bila dah masak, tuang ke atas pasta tadi.
Taburkan chopped fresh parsley.

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 13

Menu hari ini ialah mee bandung versi Finland ehehe..Jom tengok resepi..

Mee Bandung Helsinki :). Makan dengan cili jeruk.

Jom masak:

Untuk lauk, saya gunakan daging, udang dan telur.

Untuk bahan kisar, saya gunakan 6 ulas bawang putih, 1 biji bawang kunig saiz sederhana , 1 biji bawang besar, segenggam kacang tanah (mentah), segenggam cili kering (dalam 10-15 biji). Cili kering dipotong pendek dan direndam air panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan kisar dengan sedikit air.

Masukkan setengah cawan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi dengan api sederhana. Kena sentiasa kacau. Bila dah pecah minyak, masukkan gula/ nisan (saya pakai 1/4) dan 2 sudu besar garam. Kacau rata.

Kemudian masukkan daging dan air (agak2 dalam 1.5 liter). Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga daging empuk. Kalau air kering, boleh tambah lagi. Bila dah empuk, masukkan 4 biji tomato yang dipotong kiub dan 2 sudu besar sos tiram. (saya letak awal supaya tomato hancur dan sebati bersama kuah).

Selepas 10 minit, masukkan udang. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Kemudian masukkan sayur.

Untuk sayuran, saya guna kobis, sawi dan daun kucai. Kacau rata sehingga mendidih. Pecahkan telur ke dalam kuah (tempat berasingan supaya telur tidak bertindan).

Biarkan mendidih seketika (5 mins) supaya telur masak. Kemudian tutup api. Taburkan segenggam bawang goreng dan hirisan cili merah. Dah siap bahagian kuah :).

Untuk mee, saya pakai spaghetti je. Rebuskan spaghetti bersama sedikit minya, 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk kunyit. Bila dah lembut, angkat dan toskan.

Nampak macam mee betul kan? :D

Untuk appetizer, saya buat agar2 santan. Tapi kaler pucat sikit sebab saya xletak pewarna (da habis) just guna pandan paste.

Untuk agar-agar santan,

Masukkan 1 paket agar2 kering ke dalam periuk yang diisi 7 gelas air.
Masak sehingga mendidih dan agar2 larut.
Masukkan gula secukup rasa (agak2 dalam 5-6 senduk) dan pandan paste.
Bila dah mendidih dan gula larut, masukkan campuran santan dan telur (400 ml santan pekay dan 2 biji telur dipukul berasingan terlebih dahulu).
Bila dah mendidih, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.


Monday, June 13, 2011

Creamy Gigli Toscani


Bahan-bahan:

Gigli Toscani pasta (rebuskan dgn sedikit garam dan olive oil)
Udang
2 ulas bawang putih chopped
Mushroom soup (ready made)
Mushroom (dalam tin)
Dried oregano
Serbuk lada hitam
Spread cheese (3 sudu besar)
Garam
Virgin olive oil
Fresh parsley chopped

Cara-cara:

Tumis bawang putih dengan olive oil
Masukkan udang dan goreng rata
Masukkan mushroom sup (kalau nak berkuah sikit, letak lebih. Cam saya just nak bagi basah2 je)
Masukkan mushroom, garam, balck pepper, oregano, cheese dan kacau rata sehingga mendidih
Masukkan pasta dan gaul rata
Hidangkan dengan hirisan fresh parley

Sunday, June 12, 2011

Mee Korporat..



Weekend lepas tetiba teringin nak makan mee korporat (mee korporat ni salah satu menu yang ada di Restoran Ariffin kat Kangar Perlis eheheh). So tryla masak main agak2 serupa dgn menu tu..

Bahan-bahan Untuk Mee.

Mee kuning (saya pakai sphagetti je)
2 ulas bawang putih
Kicap
Sedikit garam

Cara-cara:

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan mee dan kicap
Goreng2 rata.
Angkat masukkan ke dalam pinggan.

Bahan-bahan Untuk Kuah:

Daging potong kecil
Udang
2 ulas bawang putih di mayang
1 biji cili merah dipotong serong
Sawi dipotong pendek
Kobis
Bunga kobis
Sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + setengah cawan air
Kicap pekat
1 biji telur

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan cili
Masukkan daging dan air (agak2 kuah nak banyak mana)
Biarkan mendidih sehingga daging empuk
Sementara tu boleh masukkan garam
Bila daging empuk masukkan udang, kicap, sos tiram secukup rasa
Masukkkan sayuran
Pecahkan telur dan gaul rata
Masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air
Kacau rata sehingga mendidh.
Angkat dan tuang kuah ke dalam pinggan yang berisi mee tadi

*boleh juga nak guna ayam dan fishcake

Tuesday, May 24, 2011

Bihun Hailam


Bahan-bahan:

2-3 ulas bawang putih (mayang)
1 biji cili merah (mayang)
Daging (potong kecil)
4-5 ekor udang
Bihun (celur dan toskan)
Sawi
Shitake (rendam air panas, kemudian hiris nipis)
Kobis bunga (potong kecil)
1 biji telur
Sos tiram
Kicap manis, masin/pekat

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan cili sehingga naik bau
Masukkan daging dan air (untuk kuah, terpulang nak banyak mana)
Bila daging dah empuk, masukkan udang dan shitake
Masukkan garam, kicap, sos tiram secukup rasa
Bila dah mendidih, masukkan semua jenis sayur
Dalam 2 minit, pecahkan telur dan kacau rata
Bila telur masak, angkat dan tuang ke dalam mangkuk yang berisi bihun.

Sunday, May 15, 2011

Penne Pasta Goreng Simple

Bold
Bahan-bahan:

1 paket penne pasta (direbus bersama sedikit olive oil dan garam. Toskan)
1 paket sosej 10 btg (dipotong pendek2)
Mix vegetables
Cendawan butang (tin)
2 biji telur
Serbuk oregano
Serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih dicincang

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan olive oil sehingga naik bau
Masukkan sosej. Goreng2 seketika
Masukkan telur. Biarkan seketika then kacau2 rata
Masukkan mix vegetables dan cendawan
Masukkan garam dan serbuk lada hitam
Masukkan pasta dan serbuk oregano
Goreng2 rata.(kalau pasta agak kering boleh tambah olive oil)