Friday, August 3, 2012

Kuey Teow Ladna


Bahan-bahan: (4-5 orang)

1 paket keuy teow kering
1 mangkuk kecil daging (dihirs nipis)
1 paket fishball (dihiris nipis)
2 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih (dicincang)
sayur-sayuran: sawi, kobis, jagung muda, carrot
sedikit serbuk lada putih
kicap manis & masin


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk bersama 2 sudu besar minyak.
Celurkan kuey teow sehingga lembut.
Bilas dibawah air paip yang mengalir dan toskan.
Gaulkan keuy teow dengan sedikit minyak (elakkan daripada melekat)

Di dalam kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
Bila minyak dah panas, masukkan keuy teow berserta kicap manis & manis secukup rasa.
Goreng rata dan ketepikan/ boleh hidangkan terus ke dalam pinggan.

Untuk kuah,

Tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau
Masukkan daging dan goreng seketika
Masukkan 5 cawan air (atau mengikut sukatan kuah yang dikehendaki)
Apabila air mendidih, masukkan fishball
Selepas 2 minit, masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama 1/2 cawan air
Apabila mendidih dan kuah memekat, masukkan sayuran dan sedikit serbuk lada hitam beserta garam secukup rasa.
Kacau rata dalam 2 minit ( untuk mengelakkan sayur dari terlebih masak)
Boleh terus tuangkan ke atas pinggan yang mengandungi kuey teow tadi.

2 comments: