Friday, August 3, 2012

Filet Ayam Goreng Kicap


Bahan-bahan:

3 keping filet ayam
1 biji cili hijau/capsicum (dipotong ikut suka)
1 biji bawang besar (dimayang)
3/4 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

Potong kecil filet ayam dan lumurkan garam, kunyit dan serbuk bawang putih.
Panaskan kuali dengan 1/2 cawan minyak masak.
Masukkan bawang dan goreng sehingga kekuningan.
Masukkan ayam dan goreng rata sehingga separa masak.
Masukkan kicap pekat, kicap masin dan sos tiram dan goreng rata sehingga masak.
Masukkan capsicum dan goreng seketika dan matikan api.



1 comment:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete