Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Fast and Easy Breakfast


Breakfast yang saya paling suka buat pagi2..sebab senang..lagi satu telur goreng separa masak makan denganroti dan tomato memang umppphhh! Campur pulak nescafe panas..memang kawww...Selalu saya buat ni untuk En. Jemi and me. Untuk Amir, telur goreng masak sepenuhnya, letak sos cili manis, makan dengan roti while Anis lebih suka makan roti dengan strawberi jem, nutella and peanut butter siap buat belang2 dekat roti dengan 3 perisa tu..Sekarang ni memang anak2 breakfast kat rumah sebelum pergi sekolah. Sebab kalau kat sekolah hari2 makan riisipuro ataupu bubur nasi finnish style. Dia xsuka tu ehehe..so better makan kat rumah je la...

Untuk ni,

2 biji telur
2 keping roti
Serbuk lada hitam
Sos cili manis
Tomato ceri

Panaskan non stick pan dengan sedikit extra virgin olive oil.
Pecahkan telur dan boleh letakkan tomato sekali
Taburkan serbuk lada hitam 
Bila bahagian bawah dah masak, angkat dan letak di atas roti
Bolehla letak sos cili manis kalau suka. makan tanpa sos pun sedap jug..


Grilled Salmon with Creamy Spaghetti


GRILLED SALMON

Panaskan grill pan.
Then letakkan salmon filet.
Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam di atasnya.
Dalam 15 minit, balikkan dan masak lagi 15 minit.

Bila serve, perahkan sedikit lemon. Minyak ikan yang keluar time grill tu bolehla dititiskan sedikit di atas salmon tadi. Makan macam tu pun dah sedap. Xdela hilang original taste dia. Kalau nak buat mushroom gravy pun ok. Pasta tu saya main hentam je buat. Masak sos putih + cheese then gaul je dengan spaghetti.


Sunday, March 4, 2012

Spaghetti ai Gamberi



Bahan-bahan:

Spaghetti (2 orang makan)
Sedikit olive oil
2 ulas bawang putih
1 mangkuk tomato ceri (dibelah 2)
Segenggam fresh parsley (dihiris)
8 ekor udang harimau
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*2 sudu besar crushed tomato (yang dalam kotak) - optional



Cara-cara:

Spaghetti rebus dengan sedikit garam dan olive oil
Bila dah masak, tapis dan bilas dibawah air paip yang sejuk
Gaulkan dengan sedikit olive oil dan dried oregano

Tumiskan bawang putih yang telah dicincang dengan sedikit olive oil sehingga wangi
Masukkan udang, goreng sehingga separa masak
Masukkan tomato ceri, garam dan serbuk lada hitam
Kacau rata dan masukkan fresh parsley
Kalau nak berkuah sedikit bolehla masukan 2 sudu crushed tomato (saya pakai yang dalam kotak je) atau tomato biasa yang dipotong dadu.
Bila dah masak, angkat dan tuang ke atas spaghetti.
Taburkan hirisan fresh parsley


Spaghetti ai gamberi ni dalam bahasa Italy. Bahasa Melayunya spaghetti dengan udang je ehehehe..Haritula tgk member upload gambar Liguine ai Gamberi kat FB terus terliur ehehe. Bila saya google, so basic untuk spaghetti gamberi ni adalah udang, tomato ceri dan parsley. Kalau nak ejas2 tu bolehla tambah apa2 bahan ikut suka ehehehe...

Resepi asal kat sini --> Spaghetti Ai Gamberi

Friday, January 13, 2012

Baked Meatball Bolognese


Ujian ciptarasa pada harini ialah menggunakan bahan utama iaitu meatball :P. Nak buat bolognese macam biasa bahan xcukup. So olah2 sikit resipi...Masak ni untuk minum petang anak2 dan papanya balik dari school/daycare. Saya tak pergi school harini..Bermalas2 kat rumah ehehe..so terasa rajin nak buat ujian ciptarasa harini :)

Bahan-bahan:

Spaghetti (agak 4 orang makan)
1 paket ready-made meatball (saya pakai yang frozen punya)
1 biji bawang besar (kuning)- diptong dadu kecil
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 biji tomato
1 helai daun bay (dried)
1 batang celeri
1 sb tomato puree
Sedikit dried thymes (or boleh juga nak guna oregano)
Sedikit serbuk lada hitam
Cheddar dan mozarella cheese


Cara-cara:

Spaghetti rebus dengan sedikit garam dan olive oil. Toskan
Masukkan sedikit olive oil (1/3 cawan) ke dalam kuali
Masukkan bawang dan tumis sehingga layu
Tomato, daun bay dan batang celeri dikisar dengan sedikit air terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
Kacau2 dan biarkan seketika.
Masukkan meatball dan kacau rata
Masukkan tomato pure, black pepper powder, serbuk thymes dan rasa garam
Bila meat ball dah agak masak, masukkan 1/2 cawan susu dan kacau rata
Bila kuah dah agak kering/memekat, tutup api
Masukkan spaghetti yang ditoskan tadi
Gaul rata.
Masukkan ke dalam mangkuk.
Taburkan parutan cheddar dan mozrella cheese.
Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu (280 degree) selama 10 minit/ cheese melt.

*Untuk rasa yang lebih sedap, boleh masukkan parutan carrot dan cendawan semasa prepare sos bolognese.

Friday, January 6, 2012

Creamy Mac and Cheese


Bahan-bahan:

2 cawan macaroni (direbus dan toskan)
2 cawan grated cheddar cheese
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar
Sedikit dried thyme leaves
Sedikit parutan buah pala (nutmeg)
Sedikit serbuk paprika

Cara-cara:

Panaskan butter.
Bila dah cair masukkan tepun gandum dan kacau sehingga tepung larut.
Kacau2 dengan api sederhana dalam 2 minit (supaya tepung gandum masak)
Masukan setengah cawan susu, kacau2 rata sehingga tepung dan butter sebati dengan susu
Bila dah sebati, masukkan lebihan susu tadi dan kacau dengan api sederhana
Masukkan nutmeg, thymes dan serbuk paprika
Kacau rata.
Bila kuah dah memekat, kecilkan api dan masukkan cheese tadi (tinggalkan sedikit untuk topping). Kalau nak cheese lebih boleh tambah lagi
Kacau2 sehingga cheese larut dan sebati dengan sos. Rasakan garam

Masukkan macaroni yang direbus tadi ke dalam bekas
Tuangkan cheese sos tadi dan gaul rata.
Taburkan lebihan cheese parut di atas permukaan makaroni.
Panaskan oven suhu 280 degree.
Bila oven dah panas, masukkan macaroni dan bakar dalam 10-15 minit sehingga cheese cair ( golden brown).

* Cheddar cheese kalau dapat yang jenis kaler oren tu lagi best rasanya. Kat sini xjumpa lagi yang tu kat kedai. Pakai yang cheddar biasa kaler kunig air tu je..

Potato Salad


Bahan-bahan:

5 biji kentang
3 sudu besar mayonaise
Sedikit daun parsley
Sedikit parutan kulit lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

Rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk (jgn sampai terlalu lembik)
Potong kecil.

Di dalam mangkuk asing, campurkan mayonaise, serbuk lada hitam, daun parsley yang dicincang halus, kulit lemon dan garam. Kacau rata.
Tuang ke dalam bekas yang mengandungi kentang tadi
Gaul rata.

Jamie's Roasted Chicken


Ayam panggang versi Jamie Oliver ( Untuk resepi asal boleh tgk kat blog Jamie)

Bahan-bahan:

Bahan-bahan dalam tray:

1-2 biji bawang besar (kuning)- hiris sederhana tebal (kulit xbuang)
1 labu bawang putih diketuk (kulit xbuang)
1 batang celeri - potong pendek2
1 batang leek - mayang kasar
1 batang carrot -potong kecil
1/2 biji capsicum merah -potong kecil
1/2 biji capsicum kuning - potong kecil

Untuk ayam:

Lumurkan ayam dengan olive oil, garam dan serbuk lada hitam. Kalau nak masak malam, pagi tu dah boleh perap. Kalau semalaman lagi sedap. In my case, saya just perap setengah jam je ehehe..sebab xplan nak masak ni..

Lepas tu ambil 1 biji lemon, tikam2 sedikit dengan hujung pisau. Sumbatkan ke dalam ayam. Lemon yang saya pakai tu besar sgt kot /maybe ayam kecil tu yang nampak terjulur keluar. Lepas tu sumbat segenggam daun thymes.

Panskan oven suhu 250 degree. Sebelum masukkan ke dalam oven, taburkan sedikit daun rosemary kering ke atas ayam tadi. Bakar dalam 1 jam/ sehingga ayam masak.

Ayam akan jadi berkuah (dah jadi macam larutan stok ayam) sedikit dah lepas masak tu. Kalau nak buat sos daripada stok ayam tu, bolehla tgk kat website Jamie macam mana dia buat. Tapi sbb saya malas, saya pakai sos biasa je untuk makan dgn ayam tu ehehehe..


Serve with macaroni cheese and potato salad.

Thursday, December 8, 2011

Fresh Spaghetti


Menu Diet Kali Ini :)

2 keping dada ayam (potong kecil nipis2)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Spaghetti (direbus dengan sedikit olive oil dan garam)
Serbuk lada hitam
Sedikit dried Rosemary
4 biji tomato (dipotong dadu/cincang)
Segenggam fresh parsley (dicincang/dipotong halus)

Cara-cara:

Spaghetti yang telah direbus dibilas dengan air sejuk dan tapis
Kemudian di dalam mangkuk besar, gaulka spaghetti yang direbus tadi bersama seidkit olive oil dan herba (samada dried oregano/basil/mix herbs)

Panaskan kuali dengan olive oil
Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau
Masukkan ayam, dried rosemary, sedikit garam dan serbuk lada hitam
Kacau rata sehingga ayam masak
Masukkan ke dalam mangkuk besar yang berisi spaghetti tadi. Gaul rata
Masukkan ke dalam pinggan dan letakkan tomato dan parsley yang telah dicincang.

Sunday, November 27, 2011

Cheese Omelette

Today's breakfast: Cheese omelette, tomatoes and sausages

Bahan-bahan:

2 biji telur
Cheddar cheese
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-cara:

Pukul telur di dalam mangkuk
Panaskan kuali dengan sedikit olive oil
Tuangkan telur ke dalam kuali/pan
Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam
Parutkan cheddar cheese ke atas telur yang sedang dimasak (kuantiti terpulang)
Bila bahagian bawah dah masak, lipat dua dan serve in plate.

Lepas masak telur, masukkan tomato dan sosej ke dalam pan tersebut
Taburakn sedikit lada hitam ke atas tomato. Biarkan bahagian bawah agak garing/kehitaman kemudina angkat.
Untuk sosej, goreng macam biasa sehingga masak.

Sunday, November 13, 2011

Linguine Chicken

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam (potong kecil)
Linguine pasta (agak2 untuk 2 orang makan)
Segenggam fresh parsley (ptong halus)
Segenggam daun bayam (baby spinach)
1 bij bawang besar (potong dadu kecil)
Serbuk lada hitam
Olive oil

Cara-cara:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit olive oil
Masukkan linguine. Rebus 5-10 minit sehingga lembut.
Bilas dengan air sejuk dan toskan.

Di dalam kuali asing, panaskan 1/3 cawan olive oil
Masukkan ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan bawang besar dan goreng sehinga layu
Masukkan linguine, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Goreng rata. Jika agak kering, boleh tambah olive oil
Masukkan parsley dan bayam dan goreng dalam 2 minit.
Taburkan formagi cheese sebelum makan.

Mac and Cheese


Mac and Cheese ni resepi diadaptasi daripada rancangan masakan Gordon Ramsay. Saya cuba try dia punya resepi. Mana yang ada saya bubuh, kalau xde saya ganti dengan bahan lain. Mana yang xboleh bubuh macam white wine tu, saya xbubuhla.

Bahan-bahan:

500g macaroni
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 mangkuk besar cendawan

*untuk cendawan, saya pakai jenis Funnel mushroom (cendawan butang dalam tin pun ok rasanya)

2 sudu besar mentega
4 biji telur
Olive oil
Dried thyme
Segenggam chives
Parmesan cheese (diparut)
Cheddar cheese (diparut)

* campuran dua cheese ni agak2 1 mangkuk penuh, kalau nak rasa cheese lebih boleh tambah lagi

5 dl fresh cream
Serbuk black pepper

Cara-cara:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan olive oil. Kemudian masukkan macaroni. Rebus sehingga 5-10 minit
Bila dah lembut, tapis dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.


Panaskan sedikit olive oil di dalam pan, dan masukkan cendawan
Goreng rata sehingga kering air/cendawan masak
Masukkan 2 sudu besar mentega dan sedikit serbuk lada hitam dan goreng rata


Bila dah masak, buangkan sedikit lebihan minyak dan masukkan bawang besar yang diptong dadu dan goreng sehingga bawang layu. Ketepikan

Panaskan fresh cream dengan api sederhana sehingga agak mendidih, kemudian masukkan ke dalam pan yang berisi cendawan tadi
Masukkan 4 biji telur dan kacau rata
Masukkan parutan parmesan dan cheddar cheese kacau rata


Masukkan chives yang dipotong halus dan kacau rata
Masukkan macaroni dan kacau2 sehingga sebati di atas api kecil.


Kemudian masukkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas yang dilumur sedikit mentega


Taburkan parutan cheese (parmesan & cheddar) sehingga menutupi permukaan macaroni tadi
Masukkan ke dalam oven bersuhu 250 degree (panaskan terlebih dahulu) dalam 15-20 minit/sehingga cheese cair keperangan.
Keluarkan dari oven dan biarkan dalam 5 minit kemudian dah boleh hidang.

*Untuk resepi asal, boleh refer ke link ni --> Mac and Cheese Gordon

Sunday, October 30, 2011

Gigli Toscani & Sos Sardin

Bahan-bahan:

Gigli Toscani pasta
2 tin sardin (small size can)
3 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 batang carrot (diparut)
3 sudu besar sos tomato (boleh ganti dengan 1 sudu besar tomato puree)
Dried oregano
Serbuk lada hitam
Olive oil

Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sedikit olive oil dan garam.
Bila dan mendidi masukkan pasta. Rebus sehingga lembut
Angkat dan toskan.
Masukkan balik ke dalam periuk, campurkan sedikit olive oil dan serbuk oregano dan kacau rata.
Serve on plate.


Untuk kuah,

Panaskan olive oil (setengah cawan)
Masukkan bawang dan carrot. Goreng2 seketika
Masukkan tomato. Masak sehingga tomato becomes juicy
Masukkan sardin, sos tomato garam, sedikit serbuk lada hitam dan oregano.Kacau rata.
Bila dah masak, tuang ke atas pasta tadi.
Taburkan chopped fresh parsley.

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Delight: Day 9

Hari menu berbuka masakan western..grilled mushroom, salmon and chicken sausage, kentang, salad. Simple menu..time nak makan boleh 'mix and match' :D

Grilled salmon and mushrooms (just tabur garam dan serbuk lada hitam atas permukaan salmon dan cendawan)

Sosej dan cendawan (same procedure as above)

Tada!!! Main dish dah ready..Jom tgk side dish plak..

Kentang yang direbus dengan sedikit garam

Salad

Then 'mix and match' kemudian masuk mulut....jangan lupa baca doa :). Sos saya beli salad sos yang dalam botol tu je, "sinappikastike" or sos mustard


Pencuci mulut

Tembikai

Keledek goreng..(sedap! guna keledek yang kaler purple beli kat kedai asia). Just bancuh tepung beras dengan air, sedikit garam dan kunyit. Celup2 keledek yang dihiris nipis kemudian goreng.


Saturday, March 5, 2011

Peri-Peri Chicken

Source: Jamie's 30 Minutes Meal


Ni based yang saya sempat tangkap apa yang Jamie cakap dalam video tu.

Untuk Ayam,

Jamie pakai thigh, saya campur thigh ngan drumstick
Grill ayam tersebut di atas grilled pan yang dipanaskan
Taburkan garam dan pepper di atas permukaan ayam.
Grill seketika kemudia balikkan (rasanya grill separuh masak je sbb nnt nak masuk oven plak)

Untuk Peri-Peri Sos:

4 jenis cili (rujuk gambar)- potong hujung

Yang merah bulat tu bukan capsicum, tapi cili apa ntah namanya.


Segenggan fresh basil (saya silap terbeli oregano, so saya campur fresh oregano tu dengan dried basil yang ada kat umah)
1 biji bawang besar (belah 4)
1 ulas bawang putih (saya pakai 2)
Lemon (parutkan sedikit kulit lemon, potong separuh untuk jus)- saya xde lemon time tu, saya belasah perah asam limau nipis je
Extra virgin olive oil (dalam 2-3 sudu besar)-saya main tuang2 je ala2 Jamie kehkehkeh..
Sedikit cuka
Serbuk sweet paprika (saya xletak sbb xde)
*Ada satu lagi jenis sos yang dia sebut, tapi saya xdapat tangkap, so saya xbubuh)
Garam secukup rasa
Letak air sikit

So, masukkan semua bahan sos ke dalam blender dan blend.
Tuang bahan blend ke dalam mangkuk.
Susun ayam yang digrilled tadi
Taburkan sedikit daun rosemary dan thymes (saya belasah pakai oregano je sbb xde daun2 tu)
Then masukkan ke dalam oven yang dah di preheat suhu 280 degree.
Bakar dalam 15-20 minit.

Saturday, February 19, 2011

Spaghetti Curry Tuna

Simple spaghetti for breakfast today :)

Bahan-bahan:

Bahan dia simple aje..krimer masakan, tuna perisa kari, serbuk oregano dan sliced mushroom.
(Untuk makan 2-3 orang, pakai 1 kotak krimer dan 1 tin tuna pun dah ok)

Cara-cara:

Rebuskan spaghetti dengan sedikit garam dan olive oil
Bila dah masak, angkat dan sejatkan seketika
Pastu gaul2kan dengan sedikit olive oil dan serbuk oregano.

Untuk sos:

Masukkan je krimer, kari tuna dan cendawan ke dalam periuk
Masukkan setengah cawan air
Kacau2 atas api sederhana sehingga mendidih (sambil2 tu masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano secukup rasa)

Lepas tu angkat dan tuang ke atas spaghetti. Kemudia boleh hias dengan fresh parsley dan cheery tomato.

*Krimer masakan tu sebenarnya saya tersilap beli yang perisa bawang pulak..patutnya pakai yang plain je..Perisa bawang pun ok jugak..tapi anak2 kureng sket..

*Kalau xde krimer, pakai susu cair pun boleh rasanya..

Sunday, February 13, 2011

Eggplant Lasagne

A. Eggplant aka Terung

2 biji terung potong bulat sederhana tebal (macam dalam gambar)
Rendam dengan air garam dalam 15 minit pastu bilas dan keringkan/sejatkan.
Sapu kedua2 belah permukaan terung dengan olive oil (pakai berus) dan susun di atas dulang oven beralaskan aluminum foil.
Panaskan oven suhu dalam 250 degree dan masukkan terung. Dalam 10 minit keluarkan dan balikkan. Bakar lagi 10 mins dan keluarkan dari oven.

Sos Merah:

1 biji bawang besar potong dadu
6 biji tomato chopped
1 biji zucchini potong kecil
1 tin slice mushroom
1 cekak fresh basil (nak pakai yang kering pun boleh)-chopped
Sedikit oregano
Serbuk lada hitam dan garam
3 sb olive oil

Cara-cara;

Tumis bawang besar dengan olive oil
Bila dah layu masukkan tomato dan basil
Bila dah juicy, masukkan mushroom dan zucchini
Masukkan oregano, serbuk lada hitam dan garam
Goreng2 sebentar dalam 5 minit lepas tu angkat.

Sos Putih:

3 sudu besar tepung gandum + 1 cawan fresh milk (kacau bagi rata @ tepung sebati dengan susu)
Masukkan 5 gelas susu segar ke dalam periuk
Masak api sederhana hingga mendidih. Lepas tu tambah susu yang bercampur dengan tepung sedikit demi sedikit sambil2 kacau.
Masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
Bila dah memekat tutup api dan masukkan 2 sudu besar parmesan cheese (yang serbuk tu). Cheese ni optional..xnak bubuh takpe.

Lasagna:

Kulit ni ikut saiz bekasla..selalunya saya buat 2 layer je.
Rendam lasagna kering ni dalam air suam dalam 10 minit pastu keringkan.

Proses Melayer: (juga boleh rujuk sini---> seafood lasagne)

Mula-mula susun kulit lasagna.
Lepas tu masukkan sos merah dan rata sehingga menutupi lasgana kering tu
Pastu masukkan sos putih dan ratakan sehingga menutupi sos merah
Lepas tu susun terung yang dipre-baked tadi (susun satu lapis je)
Pastu taburkan mozarella cheese parut dan parmesan cheese (serbuk)

Untuk 2nd layer, ulang proses di atas.

Bila nak bakar, tutup bekas dengan aluminum foil
Panaskan oven suhu 250 degree.
Bakar dalam 20 minit
Kemudian bukak foil tu.
Lepas tu bakar lagi dalam 20-30 minit/ sehingga cheese jadi keperangan.




--Amacam? panjang tak resepi dia? ehehe..benda ni senang je..yang leceh cuma nak prepare dua jenis sos la, nak pre baked terung la..bla..bla...senang citer, banyak pakai periuk belanga...jenuh nak mengemas lepas tu :D

*Kalau nak nak buat beef lasagna, ubah suai dekat sos merah je. Zucchini tu ganti dengan minched meat dan tak perlu bubuh terung.

Wednesday, January 5, 2011

Cheese Baked EggPLant

Ready to be ngapppp!!

Bahan-bahan (topping):

2 biji tomato chopped
2 ulas bawang putih chopped
Paprika hijau dan kuning (cili bulat tu nama apa ntah) potong dadu
5-6 biji fresh mushroom potong nipis
Fresh parsley hiris pendek
Olive oil
1 biji terung

Cara-cara: Tuangkan sedikit olive oil dalam pan. Tumiskan bawang putih...pastu masukkan tomato..goreng2 hingga it become juciy. Masukkan paprika, cendawan, fresh parsley dan sedikit garam..goreng seketika dalam 1-2 minit pastu angkat.

Terung tu cuci bersih2 pastu pong bulat2 sederhana tebal. Sapukan kedua2 belah permukaan dengan olive oil pastu susun dalam bekas (1 layer aje). Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan suhu dalam 200 degree C selama 10 minit..

Lepas dah pre-baked terung tu dalam 10 minit, keluarkan dan tuang sayuran yang dimasak tadi..

Kemudian taburkan cheesee parut dan masukkan ke dalam oven pada suhu 200 sehingga cheese jadi cam gambar kat bawah (around 20 mins kalau xsilap)

Bolehla nak wat lepas mengidam orang puasa ehehehe....(Sebenarnya nak masak Italian style tapi xberapa nak juicy/berkuah..kurang tomato kot..xpe next time try lagi :))

*Kalau nak buat bertingkat2 terung tu kena buat style ala lasagna la...letak topping and cheese di setiap layer...

Monday, April 12, 2010

Seafood Lasagna

Tada!!

Bahan-bahan:
Seafood ( saya guna udang ngan crabstick aje)

Bawang putih chop2 gitu..

Lasagna (rebus sampai lembut)

Memula tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan seafood dan sedikit air..kacau2 hingga agak masak..Pastu saya masukkan sos blognese segera aje satu botol. Kacau2 lagi..letak garam, serbuk lada hitam secukup rasa.

Then masukkan cendawan yang dichop2kan (cendawan dalam tin)

Kacau2 hingga sebati..dah siap!

Untuk sos putih, saya panaskan dua sudu besar marjerin. Pastu masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau2 hingga bercampur dengan marjerin. Masukkan 500 ml fresh milk. Kacau2 hingga mendidih, masukkan seikit garam, lada hitam serbuk dan oregano. Masukkan spread cheese (kalau takde masukkan cheese parut aje). Kacau2 hingga kuah agak pekat.

Then susun kulit lasagna dalam mangkuk.

Lapisan pertama dengan sos merah, Ratakan.

Pastu ratakan sos putih (alamak tercair sikit time buat ni :D)

Taburkan mozarella cheese atau apa2 ajelah cheese parut yang ada.

Then boleh start second kulit pastu ulang langkah di atas. Paling atas taburkan mozarella cheese..

Ready nak masuk oven. Panaskan oven dulu suhu 200 degree C. Bakar hingga cheese keperangan cam gambar first tadi.