Showing posts with label Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayuran. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Sayur Kobis Goreng




Bahan-bahan:

6 ekor udang
1 paket cendawan segar
1/2 biji kobis ( potong biasa)
2 ulas bawang putih
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih yg telah dicincang dengan sedikit minyak.
Masukkan udang dan setengah cawan air.
Bila udang separa masak, masukkan cendawan dan goreng rata. Rasakan garam.
Selepas 3 min masukkan kobis.
Goreng rata 2 min and serve.

Monday, May 20, 2013

Peria Goreng Udang

Harini sampai rumah dah kol 8 mlm. Anis ada karate class. En. Jemi tolong masak nasi, saya panaskan kari ayam semalam dan masak peria goreng udang. Mmg express 10 min je ehehe. Jom tgk resepi..




Bahan-bahan:

8 ekor udang (garam kunyitkan)
1 batang peria hiris nipis
1 biji telur
2 ulas bawang putih

Cara-cara:

Tumiskan bawang dgn sedikit minyak.
Masukkan udang dan goreng hingga separa masak.
Masukkan peria dan goreng seketika.
Pecahkan telur dan goreng sehingga udang masak.

Tuesday, March 6, 2012

Masak Lemak Labu



Bahan-bahan:

1/2 biji labu saiz sedang2
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 sudu besar lada hitam
segenggam ikan bilis
250 ml santan
400 ml air
serai 2 batang
daun kunyit 2 helai.

Cara-cara:

Blendkan bawang besar bersama ciliapi dan lada hitam dengan sedikit air. Kemudian bila dah hancur, masukkan ikan bilis dan blend separa.

Masukkan bahan blend ke dalam periuk, masukkan air, santan, garam secukup rasa dan satu sudu besar gula. Masukkan juga serai dan labu.

Masak sambil kacau2 hingga mendidih. Bila labu separuh masak, masukkan daun kunyit yang dihiris. Bila labu lembut tutup api.

Resepi asal dari Auntie Marina Monroe, cuma saya tambah kunyit nak bagi kaler skit.

Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:

Seikat sayur kailan (dipotong pendek2)
Sedikit ikan tenggiri masin (dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada putih

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau
Masukkan ikan masin dan goreng sehingga masak
Masukkan sayur kailan dan setengah cawan air
Masukkan sedikit sos tiram dan goreng rata
Dalam 5 minit, angkat sayuran ke dalam pinggan dan taburkan dengan serbuk lada putih (nak masukkan time goreng tu pun boleh)

Friday, January 13, 2012

Bihun Sup Sayur Ringkas


Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam (potong kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 paket kecil bihun (direndam air panas dan toskan)
1 ikat sayur sawi
1 paket cendawan jarum
Sedikit kobis
Sedikit kobis bunga

Cara-cara:

Tumiskan bawang dengan sedikit minyak
Masukkan ayam dan 500 ml air
Masukkan 1 ketul kiub pati sayuran
Biarkan mendidih.
Rasakan garam dan masukkan sedikit serbuk lada hitam
Bila ayam dah masak, masukkan bunga kobis, kobis, cendawan
Lepas 2 minit, masukkan sawi
Kacau2, lepas 1 minit tutup api.
Serve dengan sambal kicap.

Friday, January 6, 2012

Potato Salad


Bahan-bahan:

5 biji kentang
3 sudu besar mayonaise
Sedikit daun parsley
Sedikit parutan kulit lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

Rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk (jgn sampai terlalu lembik)
Potong kecil.

Di dalam mangkuk asing, campurkan mayonaise, serbuk lada hitam, daun parsley yang dicincang halus, kulit lemon dan garam. Kacau rata.
Tuang ke dalam bekas yang mengandungi kentang tadi
Gaul rata.

Thursday, December 8, 2011

Grilled Mushrooms & Tomatoes


Bahan-bahan:

1 paket cendawan (dihiris sederhana tebal)
4 biji tomato (dibelah 2)
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Dried thymes

Cara-cara:

Letakkan cendawan ke atas grill pan
Taburkan serbuk ada hitam dan garam ke atas sendawan tadi
Grill sehingga masak
Bila cendawan dah masak, boleh diganti kan dengan tomato
Grill seketika dan balikkan. Tabukan serbuk thymes
Susun ke dalam pinggan. Taburkan fresh parsley yang dicincang.

* patutnya tomato tu grill bagi lama sikit. Parsley tu macam terlebih aje ehehe..

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis


Bahan-bahan:

Semangkuk petai
Semangkuk ikan bilis
Segenggam cili kering (direbus)
2 biji bawang besar (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 bij cili hijau (potong serong)

Cara-cara:

Kisar cili kering yang telah direbus
Tumiskan di dalam kuali yang berisi minyak sehingga pecah minyak
Masukkan bawang besar dan putih
Goreng sehingga layu
Masukkan ikan bilis. Goreng rata sehingga ikan bilis masak
Masukkan petai dan garam secukup rasa. Boleh tambah sedikit sos tomato dan 1 sudu kecil gula untuk kurang rasa pedas
Kacau2 sehingga petai layu.

Sunday, November 27, 2011

Sup Cendawan Tiram

Bahan-bahan:

300 g cendawan tiram
5-6 ekor udang
1 ketul kiub pati sayuran
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 bij bawang besar(kuning)- (dimayang)
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

Tumiskan bawang dengan sedikit minyak
Masukkan 500 ml air.
Masukkan kiub pati sayuran
Bila dah mendidih, masukkan cendawan dan serbuk lada hitam
Dalam 10 minit, masukkan udang
Lepas 2-3 minit, tutup api.
Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan cili merah


Sunday, November 13, 2011

Tempe Goreng


Bahan-bahan:

Tempe ( potong dadu)
Semangkuk ikan bilis
Sedikit petai
2 biji cili merah (potong serong)
1 biji bawang Holland (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 sudu besar cili kisar

Cara-cara:

Goreng tempe dan ikan bilis secara berasingan dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan cili kisar sehingga layu/pecah minyak
Masukkan petai dan garam secukup rasa
Bila petai dah agak layu, masukkan cili merah, ikan bilis dan tempe
Goreng rata.

Cendawan Goreng Telur



Bahan-bahan:

1 mangkuk besar cendawan (Funnel mushrooms)
2 biji telur
3 ulas bawang putih (chopped)
1 biji cili merah (potong serong)

Cara-cara:

Lumur cendawan dengan garam kunyit
Tumiskan bawang putih dan cili dengan sedikit minyak
Masukkan cendawan
Goreng2 sehingga masak dan kering air
Pecahkan telur dan goreng rata sehingga telur masak

Thursday, November 3, 2011

Asam Rebus Batang Keladi


Bahan-bahan:

1 paket batang keladi (frozen)
6 ekor udang
*2 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*1 cm kunyit
*2 biji cili merah
*3 biji ciliapi
*Belacan (sebesar ibu jari)
1 besar sudu pes asam jawa

Cara-cara:

Blend bahan bertanda *
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan 4 gelas air dan pes asam jawa
Masukkan batang keladi yang telah dibersihkan (yang frozen ni dah siap buang kulit so okla)
Didihkan batang keladi sehingga benar2 masak
Masukkan udang dan rasakan garam
Bila udang dah masak dah boleh hidang.



Monday, October 31, 2011

Mix Soup


Bahan-bahan:

6-7 ekor udang
3 biji kentang (dipotong sederhana besar)
3-4 helai fucuk (direndam sehingga lembut dan dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (chopped)
1 biji cili merah (dimayang)
sedikit daun bawang (dipotong pendek)
1 biji telur (dipukul)
1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan cili dengan sedikit minyak sehingga kekuningan
Masukkan udang dan goreng seketika
Masukkan 3-4 cawan air
Masukkan kentang dan fucuk
Masukkan garam dan serbuk lada hitam
Bila dah mendidih dan kentang empuk,
Masukkan daun bawang diikuti dengan bancuhan tepung jagung
Bila kuah kembali mendidih, sambil kacau masukkan telur yang dipukul
Kacau rata sehingga telur jadi berserat.
Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Delight: Day 14

Ehehe..berjaya jugak harini berbuka puasa dengan sambal petai..dah lama mengidam nak makan petai. Sib baikla haritu En. Jemi beli petai frozen kat asian shop..jadiklaaaaa....Jom tgk menu harini..

Sambal Udang Petai..yummmmy

Bahan-bahan untuk sambal: Blender je semua. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan udang dan petai. Kacau2 sehingga masak( Kalau kering sangat boleh tambah air sikit).

Lemak Putih Sawi dan Kobis
Resepi boleh tgk sini --> Lemak Putih

Makan pulak dengan ikan rebus goreng..memang best! Link utk resepi --> ikan rebus goreng

Pencuci gusi :D

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Delight: Day 7

Harini masak nasi minyak dan kerutuk daging


Manisan: Bubur Cha Cha

Untuk resepi boleh klik ke link ni;


Nasi Minyak

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang Holland (dimayang)
3 sudu besar minyak sapi (ghee butter/oil)
3 cawan beras
4 cawan air
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi
Tumiskan rempah ratus dan bawang sehingga layu.
Masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras, air dan susu segar
Masukkan garam. Kacau2 rata
Masak nasi macam biasa.

Acar Timun

1 biji timun (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji carrot (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji bawang besar dimayang halus
1 biji cili merah dimayang halus
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara:
Masukkan 2 sudu besar gula ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga larut
Tuang ke dalam bekas yang berisi timun, carrot, bawang dan cili merah yang telah dipotong
Masukkan sedikit garam (setengah sudu kecil)
Masukkan 3-4 sudu besar cuka
Gaul rata.

Ramadhan Delight: Day 5

Since jantung pisang yang dibuat ulam haritu masih banyak lagi, so masak lemak cili api jelah..

Jantung Pisang Masak Lemak Ciliapi

Bahan-bahan: Saya just kisar je kecuali serai, malas nak tumbuk eheheh (Serai tu just ketuk2). Ciliapi kat sini pedas sangat, sebab tu saya xletak banyak :)

Jantung pisang yang telah dicelur dipotong pendek2

Cara-cara:

Masukkan serai dan bahan kisar ke dalam periuk
Masukkan 200ml santan dan 500 ml air
Masukkan jantung
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih 15 minit. Jangan lupa letak garam secukup rasa


Untuk lauk pulak, masak telur bungkus je.


Telur Bungkus

Bahan-bahan:

5 batang sosej dipotong dadu
2 ulas bawang putih
1 cawan mix vegetables
Sedikit cendawan (kalau suka)
1 biji timato potong dadu (saya just masukkan cherry tomato)
2 biji telur


Cara-cara:

Tumiskan bawang putih
Masukkan sosej, mix vegetables, cendawan dan tomato
Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, kicap, sos tiram dan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sehingga kuah agak kering
Untuk kulit, 2 biji telur dipukul
Masukkan ke dalam kuali leper (letak sedikit minyak) dan ratakan
Letakkan isi sosej ditengah2 dan balut.
Bila telur dah masak, balikkan
Biarkan seketika dah boleh angkat.

*Untuk kuantiti inti yang di atas, boleh dapat 2-3 biji telur bungkus.


Tuesday, May 24, 2011

Kailan Sos Tiram


Bahan-bahan:

Kailan (potong pendek)
2 ulas bawang putih (mayang)
Sos tiram
Garam

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan sedikit air dan sos tiram
Bila air dah mendidih, masukkan kailan dan garam
Goreng sehingga layu.

Masak Lemak Kobis


Bahan-bahan:

Kobis potong pendek2
Taugeh
6-7 ekor udang
segenggam ikan bilis
250 ml santan
1 biji bawang besar belah 6 (boleh pakai bawang kuning..rasa lagi manis)
Serbuk lada hitam

Cara-cara:

Masukkan 250 ml santan dan 300 ml air ke dalam periuk
Masukkan udang, ikan bilis, bawang, garam dan serbuk lada hitam (kalau ada cili merah/hijau, boleh masukkan sekali. just patah 2 je)
Kacau2 di atas api sederhana sehinga mendidih
Masukkan sayuran
Kacau dalam 3 minit dah boleh angkat

Kobis Goreng


Bukan senang nak dapat kobis lembut dan manis kat sini..Time summer je...Time winter kobis keras dan tawar je...So banyakla resepi kobis nanti eheheh..

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih dicincang
1/2 tin cendawan butang
Kobis dipotong kecil2.
1/2 kiub ikan bilis

Cara-cara:

Tumiskan bawang sehingga naik bau
Masukkan kiub ikan bilis dan setengah cawan air
Bila air mendidih, masukkan kobis dan cendawan
Goreng rata sehingga layu
(xperlu letak garam sebab kiub dah masin)

Wednesday, May 11, 2011

Baby Squid dan Kacang Buncis Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Baby squid (garam kunyitkan)
Kacang buncis
2 biji telur
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji cili merah dihiris

Cara-cara:

Tumiskan bawang dan cili
Masukkan sotong
Bila sotong dah masak masukkan kacang buncis
Gorengkan seketika, kemudian pecahkan telur
Kacau2 rata sehingga telur masak