Tuesday, March 6, 2012

Masak Lemak Labu



Bahan-bahan:

1/2 biji labu saiz sedang2
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 sudu besar lada hitam
segenggam ikan bilis
250 ml santan
400 ml air
serai 2 batang
daun kunyit 2 helai.

Cara-cara:

Blendkan bawang besar bersama ciliapi dan lada hitam dengan sedikit air. Kemudian bila dah hancur, masukkan ikan bilis dan blend separa.

Masukkan bahan blend ke dalam periuk, masukkan air, santan, garam secukup rasa dan satu sudu besar gula. Masukkan juga serai dan labu.

Masak sambil kacau2 hingga mendidih. Bila labu separuh masak, masukkan daun kunyit yang dihiris. Bila labu lembut tutup api.

Resepi asal dari Auntie Marina Monroe, cuma saya tambah kunyit nak bagi kaler skit.

No comments:

Post a Comment