Monday, October 31, 2011

Mix Soup


Bahan-bahan:

6-7 ekor udang
3 biji kentang (dipotong sederhana besar)
3-4 helai fucuk (direndam sehingga lembut dan dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (chopped)
1 biji cili merah (dimayang)
sedikit daun bawang (dipotong pendek)
1 biji telur (dipukul)
1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan cili dengan sedikit minyak sehingga kekuningan
Masukkan udang dan goreng seketika
Masukkan 3-4 cawan air
Masukkan kentang dan fucuk
Masukkan garam dan serbuk lada hitam
Bila dah mendidih dan kentang empuk,
Masukkan daun bawang diikuti dengan bancuhan tepung jagung
Bila kuah kembali mendidih, sambil kacau masukkan telur yang dipukul
Kacau rata sehingga telur jadi berserat.
Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment