Monday, August 8, 2011

Ramadhan Delight: Day 5

Since jantung pisang yang dibuat ulam haritu masih banyak lagi, so masak lemak cili api jelah..

Jantung Pisang Masak Lemak Ciliapi

Bahan-bahan: Saya just kisar je kecuali serai, malas nak tumbuk eheheh (Serai tu just ketuk2). Ciliapi kat sini pedas sangat, sebab tu saya xletak banyak :)

Jantung pisang yang telah dicelur dipotong pendek2

Cara-cara:

Masukkan serai dan bahan kisar ke dalam periuk
Masukkan 200ml santan dan 500 ml air
Masukkan jantung
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih 15 minit. Jangan lupa letak garam secukup rasa


Untuk lauk pulak, masak telur bungkus je.


Telur Bungkus

Bahan-bahan:

5 batang sosej dipotong dadu
2 ulas bawang putih
1 cawan mix vegetables
Sedikit cendawan (kalau suka)
1 biji timato potong dadu (saya just masukkan cherry tomato)
2 biji telur


Cara-cara:

Tumiskan bawang putih
Masukkan sosej, mix vegetables, cendawan dan tomato
Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, kicap, sos tiram dan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sehingga kuah agak kering
Untuk kulit, 2 biji telur dipukul
Masukkan ke dalam kuali leper (letak sedikit minyak) dan ratakan
Letakkan isi sosej ditengah2 dan balut.
Bila telur dah masak, balikkan
Biarkan seketika dah boleh angkat.

*Untuk kuantiti inti yang di atas, boleh dapat 2-3 biji telur bungkus.


No comments:

Post a Comment