Friday, January 6, 2012

Mee Segera Udang Harimau


Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar serbuk kari
3 paket mee segera (perisa sayuran) - perencah hanya guna 1 paket shj
5-6 ekor udang harimau
Sedikit cendawan kering/fungus (rendam dengan air panas sehingga kembang)
1 batang daun celeri
1 batang carrot

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan serbuk kari dan kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan 3 cawan air
Biarkan mendidih serta masukkan 1 paket perencah sayuran mee segera tadi
Masukkan udang
Bila udang dah masak, masukkan sayuran serta rasakan garam
Dalam 1-2 minit (kuah mendidih), masukkan mee segera
Bila mee dah lembut/masak dan boleh angkat dan terus makan :)..Kalau biar lama2 nnt kembang pulak mee tu :D
Boleh jugak taburkan daum ketumbar untuk lebih harum :P

No comments:

Post a Comment