Friday, January 6, 2012

Tom Yam Udang Harimau


Bahan-bahan

15 ekor udang harimau
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang besar (mayang)
2 inci halia (hiris nipis)
2 inci lengkuas (hiris nipis)
3 biji cilipadi (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut (hiris)
1 paket paste tomyam adabi
1 batang carrot
1 batang celeri
1 paket cendawan jarum
1-2 biji tomato (belah 4)
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang, serai, halia, lengkuas, cilipadi, daun limau purut dan tumis dalam 2-3 minit
Masukkan pes tom yam dan kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan 5 cawan air (atau lebih)
Masukkan udang dan kacau rata sehingga mendidih/udang masak
Masukkan sayuran dan rasakan garam
Selepas 3-4 minit, taburkan daun ketumbar dan terus angkat

2 comments: