Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 13

Menu hari ini ialah mee bandung versi Finland ehehe..Jom tengok resepi..

Mee Bandung Helsinki :). Makan dengan cili jeruk.

Jom masak:

Untuk lauk, saya gunakan daging, udang dan telur.

Untuk bahan kisar, saya gunakan 6 ulas bawang putih, 1 biji bawang kunig saiz sederhana , 1 biji bawang besar, segenggam kacang tanah (mentah), segenggam cili kering (dalam 10-15 biji). Cili kering dipotong pendek dan direndam air panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan kisar dengan sedikit air.

Masukkan setengah cawan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi dengan api sederhana. Kena sentiasa kacau. Bila dah pecah minyak, masukkan gula/ nisan (saya pakai 1/4) dan 2 sudu besar garam. Kacau rata.

Kemudian masukkan daging dan air (agak2 dalam 1.5 liter). Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga daging empuk. Kalau air kering, boleh tambah lagi. Bila dah empuk, masukkan 4 biji tomato yang dipotong kiub dan 2 sudu besar sos tiram. (saya letak awal supaya tomato hancur dan sebati bersama kuah).

Selepas 10 minit, masukkan udang. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Kemudian masukkan sayur.

Untuk sayuran, saya guna kobis, sawi dan daun kucai. Kacau rata sehingga mendidih. Pecahkan telur ke dalam kuah (tempat berasingan supaya telur tidak bertindan).

Biarkan mendidih seketika (5 mins) supaya telur masak. Kemudian tutup api. Taburkan segenggam bawang goreng dan hirisan cili merah. Dah siap bahagian kuah :).

Untuk mee, saya pakai spaghetti je. Rebuskan spaghetti bersama sedikit minya, 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk kunyit. Bila dah lembut, angkat dan toskan.

Nampak macam mee betul kan? :D

Untuk appetizer, saya buat agar2 santan. Tapi kaler pucat sikit sebab saya xletak pewarna (da habis) just guna pandan paste.

Untuk agar-agar santan,

Masukkan 1 paket agar2 kering ke dalam periuk yang diisi 7 gelas air.
Masak sehingga mendidih dan agar2 larut.
Masukkan gula secukup rasa (agak2 dalam 5-6 senduk) dan pandan paste.
Bila dah mendidih dan gula larut, masukkan campuran santan dan telur (400 ml santan pekay dan 2 biji telur dipukul berasingan terlebih dahulu).
Bila dah mendidih, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.


No comments:

Post a Comment