Sunday, February 6, 2011

Sup Tulang Lembu

Bahan-bahan:

1.5 kg tulang lembu
1 paket sup bunjut
3 cm halia diketuk
6 ulas bawang putih diketuk
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar cuka makan
2 cm lengkuas ketuk
1 sudu besar serbuk sup
1 Bawang besar (xkisah yang merah/kuning)


Bahan hiasan: daun bawang, bawang goreng, cilipadi, tomato

Cara-cara:

Rebus tulang bersama dengan halia, lengkuas, sup bunjut, kiub ayam dan cuka serta 1 sudu kecil garam
Didihkan dengan api perlahan 2-3 jam (memang makan masa tapi daging akan jadi lebih empuk)
Bila daging dah empuk, dalam kuali asing, tumiskan bawang putih dan rempah ratus
Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam sup tersebut
Masukkan bawang besar yang dibelah 6 dan serbuk sup, biarkan ia mendidih dalam 5-10 minit
Rasakan garam dan masukkan sedikit serbuk lada hitam.

*Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bahan hiasan.

No comments:

Post a Comment