Sunday, January 8, 2012

Nasi Biryani 1 Malaysia


Resipi Nasi Biryani 1 Malaysia ni asalnya dari Chef Riz. Time tengok dia masak dalam Kuliah Master tu nampak macam sedap je..Masa tu saya tgk kat youtube. Time cek kat website astro, resepi dia macam lain sikit..Since video yang kat youtube tu dah xde, saya tryla jugak buat sambil ingat2 lupa dan ejas2 skit.

Bahan-bahan:

500 gram beras Basmathi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji banana shallot (bawang merah)
4 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkh
1 batang serai
Sehelai daun pandan (disimpul)
Sedikit daun ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato (potong dadu)
Segenggam gajus
Segenggam kismis
1 1/2 sudu besar biryani paste
1 ketul kiub ayam
1/3 cawam air ros
2 dl susu segar*
5 dl air*
1 sudu kecil garam
Sedikit saffron (direndam di dalam air panas)

* sukatan susu dan air berdasarkan sukatan air untuk beras basmathi

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi, masukkan rempah ratus, bawang, serai, dan daun pandan.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan tomato. Kacau2 sehingga layu
Masukkan daun ketumbar, paste beriyani dan kacau2 sehingga pecah minyak
Masukkan beras, goreng2 seketika
Masukkan susu, air, kiub ayam dan garam
Kacau rata.
Masukkan gajus dan kismis.
Masak sehingga nasi mengembang
Masukkan air ros, dan titiskan sedikit air rendaman saffron
Kacau rata, tutup periuk
Biarkan masak dengan api kecil/sederhana



Prawn Tikka Masala

Bahan-bahan

1 paket udang size sederhana (kalau dapat udang harimau lagi best)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji bawang putih (dicincang)
2 cm halia (potong pendek)
1 bij cili hijau (potong pendek)
1 sb serbuk cili
1 sb rempah garam masala
1 sk serbuk kunyit
1 1/2 sb gula
1 sb tomato puree
1 tin chopped tomato
1 cup plain yogurt
4 helai daun kari
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang, cili dan halia. Goreng hingga layu
Masukkan serbuk cili, garam masala, serbuk kunyit dan gula. Kacau rata
Masukkan tomato puree dan chopped tomatoes. Kacau rata
Masukkan ke dalam blender. Blend sehingga hancur.

Dalam kuali yang sama, masukkan udang dan tuangkan bahan yang dikisar tadi
Masukkan daun kari, yogurt dan kacau2 sebati
Rasakan garam
Masukkan daun ketumbar yang dihiris kasar.
Dah boleh angkat

Resepi ni saya guna resepi yang sama untuk Chicken Tikka Masala by Chef Ramsay.

Daging Kerutuk

Untuk daging kerutuk,

Bahan-bahan:
Daging 1 kilo (potong sederhana besar)
Rempah kerutuk adabi 1 paket
Bawang besar 2 bji (mayang nipis)
Bawang putih 2 ulas (mayang)
Halia 1 inchi (mayang)
Kulit kayu manis (1 cm)
Buah pelaga 5-6 biji
Sekuntum bunga lawang
Kerisik
Santan
Ubi kentang

Cara-cara:

Tumiskan bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga naik bau
Masukkan rempah kerutuk dan setengah cawan air
Kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan daging dan dua cawan air dan 500ml santan
Didihkan dengan api perlahan supaya daging empuk dan kuah memekat (pecah minyak)
Makan masa jugak nak masa ni (dalam 2 jam)
Kacau2 gaul2..dan masukkan kerisik, gula merah/gula melaka (org kelantan panggil nisan). Kalau nisan saiz besar tu masukkan setengah keping..Gula merah pasir pun boleh tapi kena agak2 jgn bagi manis sgt. Masukkan garam secukup rasa.
Bila kuah agak kering tapi daging xempuk lagi boleh tambah air
Bial daging dah empuk, masukkan kentang dan kacau2 dan tunggu hingga kuah agak pekat dah pecah minyak.
Then tutup api.

2 comments: