Wednesday, May 4, 2011

Nasi Jagung dan Ayam Peri-Peri...



Nasi Jagung

Bahan-bahan:

1 biji bawang kuning (mayang halus)
2 sm halia (mayang halus)
1 sm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 sudu besar marjerin
1 tin isi jagung (dalam 250g)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar garam
Beras (seeloknya pakai basmathi. sukatan air ikut jenis beras)

Cara-cara:
Basuh beras dan masukan bersama sukatan air dalam rice cooker.
Masukkan setengah cawan susu cair, air jagung (yang dalam tin tu) dan garam. Kacau rata.
Dalam kuali, panaskan mentega dan masukkan bawang, halia dan rempah ratus. Tumis sehingga layu.
Kemudian masukkan ke dalam rice cooker dan kacau rata.
Masak nasi macam biasa.
Bila beras dah mula kembang (jangan sampai kering air) masukkan jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga nasi masak.

*Untuk resepi peri-peri chicken, boleh selak2 entri lepas ye...(kali ni saya guna lemon and fresh basil and rosemary leaves..)

No comments:

Post a Comment