Sunday, April 24, 2011

Pulut Sekaya Kelantan (Versi Express)

Bahan-bahan:

Untuk Pulut:

2 cawan pulut
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan kacau rata. Masak macam biasa
Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang dan mampat serta ratakan.
Cucuk permukaan pulut yang diratakan dengan garpu

Untuk sekaya:

10 bij telur
250 g gula melaka/gula nisan (panaskan dengan secawan air sehingga larut dan sejukkan)

Cara-cara:

Pukul telur sehingga kembang
Masukkan air gula nisan
Pukul rata.
Masukkan loyang berisi pulut ke dalam kukusan yang dipanaskan
Selepas 10 minit, masukkan telur tadi
Kukus sehingga 20-30 minit.


1 comment: