Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 11

Harini saya masak Beef Pilau. Pakai yang rempah segera brand Shan. Kalau dekat sini, saya beli kat kedai Arab. Kat Malaysia mesti ada jual kan. Tapi xdelah saya exactly ikut dianyer instruction kat belakang kotak tu..saya just pakai rempah dia buat rebusan. Bila dah empuk daging, saya tapis air dia. Lepas tu masukkan ke dalam periuk bersama beras dan daging. Masak nasi mcam biasa.


Beef Pilau.


Shan Pilau Biryani


Instruction


Untuk kuih, saya buat kuih lopes. Xtaula ikut resepi betul ke tak sebab saya main taruk je. Janji ada rupa lopes ehehe..Nak bentukkan kuih ni pun saya just pakai tangan je..xde acuan ehehe..

Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pes pandan (nak nampak kaler ijau. nak pakai pewarna pun ok)
secubit garam

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa.
Bila dah masak (biarkan sejuk dahulu), bentukkan dengan tangan (pastikan pakai sarung tangan plastik yang nipis tu ye ehehe) macam bola.
Golek2kan dalam kelapa parut
Susun ke dalam pinggan dan tekan sedikit supaya dia jadi leper.
Untuk kuah, just cairkan gula melaka/nisan dengan air (ikut tahap kemanisan) di atas api sederhana.



Juadah kami harini :)

No comments:

Post a Comment