Wednesday, February 24, 2010

Kari Ikan Keli

First time seumur hidup..beli ikan keli dan siang dan buat kari...cara dia sama je dengan masak kari biasa...

Serius rasa geli gila time nak siang..rasa cam ikan tu hidup je..tapi ku tahan jua kerana teringin :)

Bahan-bahan tumis cam biasa: bawang merah, bawang putih, halia, biji sawi..

Tak lupa juga serbuk kari Alagappas kehkehkeh...Ni last stok yang ada...

Cara-cara:

-Panaskan minyak, tumis semua bahan di atas..bila dah layu masukkan serbuk kari (kalau nak pedas or feeling2 kari lebih, buh lebih skit serbuk..kacau2..masukkan air skit...kacau2 bia naik minyak..Then masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana)...Pastu masukkan santan (pun terpulang ikut kepekatan yang dikehendaki)..Bila dah mendidih, masukkan ikan...biarkan dia mendidih sehingga masak..(garam jangan lupa pulak)..

-Boleh juga nak tambah cili hijau (masa ni bila ikan dah dekat2 nak masak). Kat sini susah nak dapat cili hijau yang besar2 tu...so i pakai cili jeruk yang dalam botol je..Dah menjadi kebiasaan kot, bila nak masak kari atau gulai je mesti nak buh cili hijau yang besar tu (terikut2 dengan style mak i masak kot ehehehe)..pastu kalau nak masukkan tomato dibelah dua pun boleh....

Dah siap pun :)

Yang ni pun kari ikan keli jugak..tapi masak lain hari..yang ni saya letak timun batang...pun sedap :)

2 comments:

  1. pelbagai info menarik ikan keli...
    http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

    ReplyDelete