Wednesday, March 10, 2010

Masak Lemak Tempe

Dalam rumah ni ada sorang Mat Tempe..As requested, saya pun masakla tempe masak lemak putih (stail klate)...

Tempe yang dipotong nipis

Goreng dulu siap2..

Bahan-bahan untuk masak lemak.. Selalunya kalau masak lemak putih ni, saya memang suka bubuh cili hijau muda (yang org buat solok lada tu). Kira cam trade mark tuk masak lemak ni sbb dia ada rasa lain dr cili yg lain dan xpedas (yoyoooo aje)

Memula masukkan air dan santan mengikut kepekatan yang dikehendaki. Pastu masukkan semua bahan di atas kecuali taugeh dan tempe. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Bila dah mendidih baru masukkan tempe dan taugeh. Kacau dalam 1-2 minit dah boleh angkat.

Tadaa...siap dah. Senang aje..5 minit dah siap :)

Nak bagi match dengan masak lemak, saya goreng ikan tongkol yang telah direbus (untuk masak gulai nasi berlauk haritu). Goreng api sederhana sbb takut minyak cepat hangus bila goreng ikan rebus berbanding ikan mentah.

Ni la rupa ikan yang dah siap goreng. Memang kena kalau makan dengan masak lemak putih ni sbb rasa dia garing, masam masin. Nak2 kalau buh budu skit dalam campuran nasi dah kuah lemak tu..Perghh makn bertambah beb...

No comments:

Post a Comment