Monday, August 16, 2010
Gulai Udang Telur Itik
Bahan-bahan
5 biji bawang merah (xbesar xkecik, sedang2 :))
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah (nak pakai cili kering 2-3 biji pun boleh)
1 inci kunyit
1 1/2 inci lengkuas
Santan (ikut kepekatan yang dikehendaki)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula.
Udang setengah kilo
3 biji Telur itik
Timun batang
Cara-cara:
1. Blend semua bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas, cili.
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan santan.
3. Masak atas api sederhana sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan udang kacau2. Masukkan garam dan gula. (Kalau nak patahkan 2 biji cili merah/hijau dan masukkanke dalam kuah pun boleh).
5. Bila udang dah mendidih, pecahkan telur itik (jangan pecahkan di tempat yang sama)
6. Bila dah mendidih dan gulai dah secukup rasa, masukkan timun batang yang dibelah dua dan potong serong.
7. Biarkan sebentar dan tutup api (jangan sampai timun layu).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment