Saturday, January 1, 2011

Gulai Darat Ayam Versi Kelantan


Exceli ni sebenarnya kari ayam yang dicampur rempah gulai darat..kalau orang Kelantan selalu panggil gulai darat. Selalunya dimakan waktu pagi dengan nasi putih dan sambal cili kering...yang dinamakan 'nasi berlauk' dan boleh juga dimakan dengan nasi dagang..


Kat atas ni la rupa rempah gulai darat tu.My mum pos special dari Malaysia...ehehehe...Nak masak ni senang aje..masak kari ayam macam biasa..cuma rempah kari tu dicampur dengan rempah gulai darat ni time menumis tu...

Bahan-bahan:

Ayam 1 ekor dipotong kecil2
Rempah kari 4 sudu besar (kalau nak kaw boleh tambah lagi)
Rempah gulai darat 2 sudu besar
Bawang besar 1 biji mayang halus
Bawang Holland 1 biji mayang halus
Bawang putih 2 ulas mayang halus
Cili hijau 1 atau 2 biji mayang halus
Kulit kayu manis 1 cm
Buah pelaga 5 biji
Bunga lawang 1 kuntum
Santan pekat 250 ml

Cara-cara:

Tumiskan rempah ratus bersama bawang2 dan cili hijau yang dimayang sehingga naik bau/layu
Masukkan serbuk kari dan rempah gulai darat. Masukkan air satu cawan.
Kacau2 sehingga rempah naik minyak..
Masukkan ayam dan sedikit air...kacau2 rata
Masukkan air dan santan mengikut kepekatan yang dikehendaki dan garam secukup rasa dan satu sudu besar gula.
Kacau2 sehingga mendidih
Dalam 5 minit, perlahan api.
Bila dah betul2 masak masukkan cili hijau yang dipatah2 (optional) ataupun mangga muda yang dipotong memanjang (ni pun optional).

No comments:

Post a Comment

Post a Comment