Ayam setengah ekor potong kecil
Kurma 4 sudu besar
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar kuning dimayang
1 cm kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 1 biji bunga lawang
2 cm halia dimayang halus/ chopped
Santan pekat 100 ml
Lada hijau/lada jeruk
Cara-cara:
Tumiskan rempah ratus berserta bawang dan halia
Bila dah layu, masukkan serbuk kurma dan setengah cawan air
Kacau2 hingga naik minyak
Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau2 seketika
Masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki
Masukkan garam secukup rasa. Boleh tambah satu sudu kecil kicap pekat manis jika suka
Didihkan perlahan hingga ayam masak. Pastu masukkan cili.
*Kalau nak letak telur rebus pun ok
No comments:
Post a Comment