Tuesday, May 24, 2011

Tom Yam Ayam (santan)


Setengah orang cakap tom yam pok tek tu tom yam putih..sesetengah orang cakap tom yam pok tek tu tomyam yang bersantan tu...Xtau yang mana satu betul...So saya masak tom yam santan kali ni...xtau nak letak nama apa..letak je tom yam ayam yammmmm...:D

Bahan-bahan:

Ayam potong kecil (setengah ekor)
2 cm halia hiris nipis
2 cm lengkuas hiris nipis
2 batang serai ketuk
3-4 biji bawang putih dicincang
1 biji bawang merah dimayang
2 biji ciliapi diketuk
2-3 sudu pes tom yam
4-5 helai daun limau purut
1 bij tomato belah 4
Santan (setengah cawan)

Cara-cara:

Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut sehingga wangi.
Masukkan ayam dan air (dalam setengah periuk)
Masukkan pes tom yam
Masukkan garam. Kacau sehingga mendidih
Bila ayam dah masak, masukkan setengah cawan santan.
Kacau2 sehingga sebati. Masukkan tomato
Dalam 2 minit tutup api

No comments:

Post a Comment