Wednesday, August 17, 2011

Sup Telur

Untuk hari 15 Ramadhan ni, kita masak sup telur je. Topup dengan lauk semalam..


Sup Telur

Bahan-bahan:

2 cm halia (dicincang)
Sedikit isi ayam diotong kecil
Kiub ayam (separuh je)
1 liter air
3 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
Daun sup dipotong pendek
1 sudu kecil tepung jagung + setengah cawan air (kacau sebati)

Cara-cara:

Masukkan air, ayam, halia, kiub ayam dan garam secukup rasa ke dalam periuk
Masak api sederhana sehingga mendidih/ayam masak
Bila ayam dah masak, masukkan daun sup
Lepas 2 minit masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata
Masa tengah medidih tu, masukkan telur yang dipukul (sebelah tangan kacau2 sup, sebelah lagi tuang telur perlahan-lahan. Baru telur jadi berserat cantik)
Bila telur dah complete masak, dah boleh hidang. Boleh juga kalau nak tabur bawang goreng



Kalau xlalu nak makan nasi, makan sup ni je pun ok..

No comments:

Post a Comment