Friday, October 7, 2011

Daging Masam Manis

Ni masakan daging orang malas...Cara masak simple sangat.

Bahan-bahan:

500g daging
2 ulas bawang putih
Daun bawang potong pendek
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih yang dicincang halus
Masukkan daging dan goreng2 seketika
Masukkan secawan air, kacau2
Biarkan air kering (kalau daging xempuk boleh tambah air)
Bila daging dah empuk, masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan garam secukup rasa. Goreng rata.
Sebelum angkat, taburkan daun bawang dan goreng sekejap.
Hidang ke dalam pinggan dan letakkan tomato yang dibelah 6.

No comments:

Post a Comment