Sunday, November 27, 2011

Ikan Goreng Sambal Petai


Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung (garam kunyitkan)
Segenggam cili kering (blend)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 mangkuk kecil petai

Cara-cara:

Ikan digoreng macam biasa dan letak di dalam pinggan
Untuk sambal, tumiskan cili yang dikisar sehingga pecah minyak
Masukkan bawang dan goreng rata sehingga bawang layu
Masukkan petai. Rasakan garam (boleh tambah satu sudu kecil gula)
Boleh masukkan sedikit sos tomato untuk kurangkan rasa pedas.
Bila petai dah masak, tuangkan sambal ke atas ikan.

No comments:

Post a Comment