Monday, March 8, 2010

Ayam Masak Cendawan Shitake

Bahan-bahan. Untuk tumis just guna bawang putih aje. Lada hitam tumbuk bagi halus..

Ayam potong kecil dan goreng separa masak (ni pun dah terlebih separa sebab ralit tgk anak2 main)

Cendawan shitake direndam air panas dan dipotong.
Memula tumis bawang putih, pastu masukkan air (ikut suka nak kuah banyak mana) pastu masukkan shitake, garam, lada hitam, sos tiram dan kicap. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau-kacau hingga masak, pastu masukkan hirisan cili dan bawang besar. Gaul2 seketika pastu angkat..

Dah siap.. (kalau lada hitam lebih, memang pedas skit..kalau xnak pedas, kurangkan lada hitam)


No comments:

Post a Comment

Post a Comment