Sunday, March 7, 2010

Gulai Lengkuas Ikan Tongkol

Harini untuk sarapan i masak nasi berlauk (kalau org Kelantan tau la nasi berlauk ni camne). Masak gulai ikan tongkol @ 'ikan ayo'...Kat sini ada jual ikan tongkol (dekat asian shop), so bolehla masak time2 mengidam tu eheheh...Tapi tu la ikan tongkol kat sini gedabak sizenya...ehehe..Kalau xsilap, my mum pernah kata yang ikan tongkol ni ada dua jenis, yang hitam dan yang putih and kalau untuk masak nasi berlauk or nasi dagang, yang hitam tu la lagi sedap and i think ikan yg i beli semalam ikan tongkol hitam :D...

Ikan tongkol Finland mari :)

Potong ikan mengikut diameter yang sesuai..

Rebus ikan dengan 10 sudu besar garam dan 10 keping asam keping. Rebus kena lama skit dalam 40 minit ke sejam supaya air yang masam masin tu betul2 meresap dalam ikan. Kalau nak tahu garam atau asam tu cukup ke tidak, cubit isi ikan sedikit dan rasa, Kalau rasa masam masin tu kira ok dah tu..kalau x bolehla ejas tambah garam or asam.

Bahan-bahan untuk diblend (Bawang merah, bawang putih, lenkuas, kunyit. Boleh juga nak bubuh 2 bij cili kering/ 1 biji cili merah (cili hidup)

Blend bahan2 tersebut dengan dua sudu besar serbuk kari ikan, satu sudu kecil serbuk cili dan air.

Rupa ikan selepas direbus. I tak masak semua ikan ni, sbb banyak. I masak kepala, ekor dan dua keping bahagian isi aje..yang lain2 tu simpan dalam peti ais.

Bila dah blend bahan-bahan, masukkan air dan santan mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak sambil kacau2 hingga mendidih pastu masukkan ikan yang direbus. Garam jangan letak lagi, biar ikan mendidih lama skit (supaya air ikan yang masam masin tu keluar dulu)..then baru letak garam secukup rasa, satu sudu kecil gula and sekeping asam keping ...Biar ikan mendidih dengan api perlahan. Masak dalam 40 minit camtu kot....

Sebab tadi rebus sekor terus, baki ikan yang buat masak gulai ni bolehla simpan dalam tupperware masuk dalam peti ais. Nnt bila2 boleh goreng aje (goreng macam biasa, xpayah letak garam kunyit segala dah, and time goreng kena api pelan sbb takut minyak cepat hangus)..sedap rasa bila dah goreng ikan ni..makan dengan nasi panas2...rasa masam masin gitu..

Ni la rupa gulai ikan tongkol yang dah siap untuk menu nasi berlauk pagi ni.. boleh dimakan bersama timun dan sambal belacan atau sambal cili kering..

*Untuk makan dengan nasi dagang, lagi sedap kalau kuah dia pekat. So boleh blend sedikit ikan sardin dan campur dengan kuah gulai yang tengah mendidih, Renehkan dengan api perlahan sehingga kuah memekat..(highly recommended..eheheh...sedap giler!)

3 comments:

  1. Puya, dah buat dah pakai resipi puya neh. Cuma guna udengs. Sedap giler. hehehe. Nanti nk buat lagik. Mekacihhhh :*

    ReplyDelete
  2. ye ke..hihi kalau masak gulai lengkuas guna udang memang sedap...puya pun sukaaa..:D. sama2 :)

    ReplyDelete