Wednesday, March 3, 2010

Nasi Air

Harini masak nasi air..kalau kat Kelantan memang panggil nasi air,kalau utara orang panggil moi sup..Kalau KL orang panggil bubur nasi kot ehehehe...Tapi i masak simple2aje..x sesedap nasi air kat Kelantan nunnnn...(tetiba je terliur)

Untuk buat sup ayam, i guna bahagian dada sebab senang nak amik isi. Rebus seketul2 gitu je..

Bahan-bahan rebusan ayam: garam,bawang, halia (ketuk) dan sup bunjut

Untuk masak nasi, i masak guna rice cooker aje..set siap2 untuk masak porridge..Kalau nak masak pakai periuk biasa atas dapur pun boleh..buh air banyak2..masak api perlahan hingga nasi kembang..

Lepas rebus dalam 30 minit asingkan dada ayam..

Dada ayam tu siat2 isi dia, pastu chop2kan potato dan carrot. Batang daun bawang (selalu letak akar daun sup, tapi xde daun sup). Sebelum masukkan bahan-bahan ni, kalau air sup tu kurang, boleh tambah air sedikit and tunggu hingga mendidih. Pastu masukkan bahan2 ni..Buh garam bagi sesedap rasa..dan sedikit serbuk lada hitam

Ni plak bahan2 tumis untuk bubuh dalam sup. Bawang putih tu ketuk2..

Tumis asing bawang kuning, putih dan rempah-ratus. Pastu masukkan dalam sup yang tgh mendidih. dalam 10 mnit boleh padam api.

Ni la rupa nasi 'lembik' bila dah siap masak..

Masukkan sup tadi dan taburkan ikan bilis goreng dan daun bawang. Nak lebih 'kick' letak sambal kicap skit...:)

2 comments:

  1. kalau dah jadi porridge, kenape letak soup? pelik kowt

    ReplyDelete
  2. Sebab ni bukan bubur nasi. Ini org Kelantan panggil nasi air. Kalau tak masuk sup nanti nasi tawar takde rasa plak kan?
    apapun best sgt! Resepi mcm mak saya masak jgk.

    ReplyDelete