Sekali tengok macam mee goreng :D
Cara-cara:
Rebus spaghetti macam biasa. Tapi saya tambah sedikit garam, kunyit dan minyak masak time rebus tu nak bagi nampak ala2 mee kuning. (Kak CT yang ajar ehehe)
Bahan-bahan tumis..
Sayuran dan lauk. Sebab saya masak ni dah malam, saya pakai udang dengan sosej aje sebab ayam, daging sume duk dalam freezer. Makan masa plak nk tunggu dia defrost..
Tumis bawang dan cili.. masukkan udang dan sosej dan kacau seketika. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, kicap pekat manis, sos tomato, sos cili dan garam secukup rasa. Then masukkan sayur diikuti dengan spaghetti..Goreng sehingga masak..
No comments:
Post a Comment